Selamat Hari Guru
Tahun tu tahun pertama saya mulakan kerjaya sebagai guru sekolah rendah…tahun tu juga saya diberikan tanggungjawab mengajar kelas corot. Tahun 3 dan tahun 5. Rata-rata tak pandai membaca.
Memula tu rasa macam kecewa sebab rakan sekerja yang sama bidang mengajar kelas pandai jadi masalah sebenarnya tak banyak pun yang perlu guru tu hadap. Malah guru yang dapat mengajar kelas pandai selalu mendapat pujian oleh ketua jabatan dengan pencapaian pelajar yang cemerlang.
Persepsi saya mula berubah bila sahabat baik saya Norfaizah A Yahma datang ke rumah untuk ziarah. Memandangkan sahabat ni dah lama mengajar, saya luahkan rasa apa yang saya lalui sepanjang awal kerjaya saya di sekolah. Terus sahabat saya ini memberikan kata-kata yang saya semat dalam minda sampai hari ini dan saya praktik sepanjang saya buat bisnes Shaklee.
Kata sahabat saya, ‘N, Allah aturkan ko mengajar anak2 yang lemah dan bermasalah ini kerana ko mampu nak bantu mereka dan mengubah cara mereka fikir. Sesungguhnya segala percaturan Allah itu bukanlah sia-sia’
Semenjak dari itu saya ubah cara fikir saya….anak-anak yang lemah dan bermasalah ini menjadi teman baik saya sepanjang disekolah. Hingga waktu rehat mereka cari saya dibilik guru. Walaupun saya garang dengan pelajar, tapi bila hari guru, saya akan balik rumah macam santa claus yang penuh dengan hadiah dari murid.
Kata sahabat saya Norfaizah A Yahma , siapa pun akan impikan untuk mendapat anak didik yang cerdas, cekap[ fast pick up] , cemerlang dan hebat…….namun the real teacher adalah mereka yang dapat mengajar golongan anak didik yang ‘sebaliknya’ kerana di situlah kredibiliti sebenar seorang guru yang terserlah.
Saya seronok mengajar cuma kekangan saya, bila dok di perantauan saya tak dapat nak jaga anak sendiri. Sedangkan saya dibesarkan oleh seorang mak yang komited sepenuh masa membesarkan kami 7 beradik di rumah sehinggalah arwah abah meninggal baru mak mula bekerja. Sebab itu saya nekad berhenti mengajar di sekolah.
Namun saya dapat salurkan minat mendidik saya dalam bidang Shaklee. Walaupun adakala perlu terang berkali-kali….namun saya masih ingat pesan sahabat saya…Allah temukan kita dengan orang yang selari dengan kekuatan kita.Saya percaya setiap pertemuan itu bukanlah sia-sia.
Buat semua pendidik, saya doakan anda semua diberkati dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah Maha Baik, kebaikan itu Allah pasti pandang dengan rahmat dan barakah yang tidak mampu di nilai dengan mata kasar.
Sesungguhnya kejayaan sebenar seorang pendidik bukan hanya melahirkan orang yang berjaya dan hebat tetapi melahirkan seorang “insan” yang ada adab dan mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Wallahu alam.
🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
#pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia
Read more www.anakkuwiraku.com
SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back 🙂 http://acuyuhan.blogspot.com/