Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Satu kifarah buat ibu…

Last weekend yang lalu kami semua bermalam di rumah mamatok dan ayahtok di Rawang Perdana. Memandangkan kami sampai waktu makan tengahari, ibu makan tengahari dengan sungguh berselera. Mana taknya ada banyak ulam2an yang mamatok sediakan termasuklah jantung pisang. Selama hidup ibu , ibu tak pernah makan jantung pisang tapi ulam yang lain biasala. Ibu makan sambil mencicah tempoyak pulak tu..fuhhh memang sedap. Hari Ahad pun begitu juga, masih makan seperti orang tak ingat dunia walhal emak ibu selalu pesan makan berpada2 , makan untuk hidup dan jangan jadi orang yang hidup untuk makan. Hehehehe…nilah akibatnya menjadi anak yang tak dengar nasihat emak.

Apa yang dah jadi dengan ibu hari ini? Sebenarnya sejak semalam seluruh tubuh ibu terkena allergic akibat makan jantung pisang.Dengan penih kasih sayang abah membawa ibu ke klinik pagi tadi dan doktor hanya memberi calamine lotion untuk meredakan kerengsangan yang ibu lalui. Ada ubat diberi tapi ibu ni selagi boleh bertahan ibu cuba bertahan..jika sakit kepala teruk manapun ibu cuma amik b compex. Jika batuk selsema ibu amik vit C, jika mula nak demam panas ibu makan nutriferon.

So untuk kes allergic ni ibu anggap ianya kifarah dari Allah, mungkin apa yang ibu hajatkan tak setara dengan zikir yang ibu amal.Banyak yang ibu minta setiap hari terutama kebahagiaan dan kesejahteraan semua yang mengenali ibu dan ahli keluarga ibu sendiri. Maka ibu akan bersabar selagi boleh kerana kata arwah abah ibu apabila seorang anak adam itu ditimpa musibah dan dia bersyukur serta sentiasa mengingati Allah maka ganjarannya sangatlah besar. Yang membuat ibu lebih bersyukur, ibu seorang yang makan manakala anak2 tak cuit sedikit pun. Alhamdulillah biar ibu yang allergic tapi janganlah anak2 ibu!

*****************************

Coretan untuk Cik Timah

Memang hari raya nak hampir tapi percayalah bukan semua orang datang bertandang untuk melihat rumah kita yang bergaya namun mereka ingin melihat tuan rumah yang bahagia dan sihat serta dilimpahi penuh rahmatNya. Maka sebagai teman, ibu ingin sekali memberitahu bahawa bukan kerusi Fella Design yang ibu nak tengok jika kami bertandang ke teratakmu kelak tetapi memadai teman ibu ini sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Ibu tetap doakan teman ibu ini, cik Timah membuat tindakan yang bijak.

Raya kali ini abah dah berpesan,”Kita beli baju anak2 jek yang, itu lebih utama. baju tahun lepas masih elok maka jangan membazir.” Begitu kasihnya abah terhadap anak2nya. Alhamdulillah ibu redha…. walaupun hakikatnya nanti ibu jua yang akan pastikan semua dapat baju baru. hehehehe. Baju siap pun dah murah kan. Ibu tak minat pun nak tukar langsir atau apa jua untuk rumah, dah cantik seadanya cukuplah dapat baju baru. InsyaAllah pasti ada rezeki yang jatuh dari langit! hehehehe.

Read more www.anakkuwiraku.com

9 thoughts on “Satu kifarah buat ibu…

  1. dulu mase kecik2, pelek tengok mak ayah tak beli baju raya yang baru untuk deols, tapi untuk kite wajib ade 2 pasang baju baru..lepas bekeluarga dan dah ade 2 anak, baru tahu rupe2nye perasaan mereka selama ini..tulah, roda kehidupan dah mula berpusing. huhu

  2. hubby say apon tak beli baju raya untuk kami ber2 tahun ni sebab baju kawen tahun lepas ada lagi 2 pasang tak pakai..huhuuh..pakai wat raya tahun ni lah jawabnya *nasib baik padan lagi*. cuma kami beria nak beli baju raya untuk si kecik jer lah 🙂

  3. kalau bab raya mmg anak yang lebih.. mak ngan bapak kalu takde yg baru pun takpe..
    Suami lagi la baju dia dah bertahun2 pakai baju tu jea.. sebab pakai pun setahun bape kali.. elok lagi katanya.. tahun lepas mmg dia tak beli apa2, tahun nie tgk bajet macamna…
    macamana sekalipun utk anak mesti ada..

  4. eem antibodi akk tahan juga yea…klu saya sakit byk bergantung dgn ubat..sakit u tak payah kata…macam2 jenis ada.

    tapi biasanya kita yg ibu bapa ni tak kisah sgt dgn prsiapn hari raya cuma utk ank2 je yg kita byk bbelanja,kn kak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *