Sampai bila kena makan vitamin?
Masih terngiang-ngiang kata seorang kawan bila disyorkan makan vitamin semasa beliau sihat.
Ya mesti ramai yang tanya, sampai bila kena makan vitamin?
Hmmm….
So soalan yang sama saya nak beri….sampai bila kita kena makan nasi?
Adakah selepas disahkan kencing manis tak terkawal, sakit kronik baru kita sedar ….. tak boleh makan nasi sangat kerana nasi ni karbohaidrat. Karbo yang berlebihan akan ditukar menjadi gula…. boleh memudaratkan.
Personally saya memang amalkan vitamin dah hampir 20 tahun sebenarnya….
Tapi sebab saya tahu masa kecik dulu saya ada alahan dengan makanan laut. Tapi lepas amalkan Shaklee, saya tak mudah alah dengan makanan laut. Alhamdulillah boleh makan cuma jangan berlebihan.
Kenapa kena makan vitamin kalau dah tak alah pada makanan laut?
Soalan yang bagus….
Vitamin ni sebenarnya makanan tambahan yang cuma melengkapkan mana-mana kekurangan vitamin dan galian dalam tubuh kita.
Bila dah tak alah tak bermakna tiada lagi kekurangan. Ditambah bila kita banyak kerja luar dan terpaksa makan luar….dah pasti terdedah dengan makanan yang bergoreng dengan minyak entah berapa kali guna, perasa tambahan sebab nak bagi sedap, pewarna terutama dalam minuman….dan banyak lagi.
Maka saya terus amalkan Shaklee kerana saya tahu pemakanan kami terdedah dengan semua bahan yang dinyatakan di atas. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, pengambilan vitamin perlu untuk saya pastikan badan tak mudah terdedah dengan penyakit yang merbahaya.
Kalau kita memang jenis masak sendiri dan semua bahan mentah adalah bahan organik mungkin kita boleh pertimbangkan untuk tidak amik supplement.
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa