Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Sah steroid!!!

Ada seorang teman lama yang baru berhubung semula dengan saya dan ingin memesan beberapa vitamin. Saya mengalu-alukan kehadiran beliau dalam hidup saya tanpa banyak soal mengapa sudah lama tidak bersua mahupun berhubung kata. Namun sempat jua beliau menceritakan pengalamannya mengambil beberapa produk supplement yang ada dalam pasaran. Beliau mengakui beliau sangat suka mencuba produk yang terbaru dalam pasaran NAMUN HAKIKATNYA beliau MENGAKUI Shaklee adalah terbaik sepanjang beliau mengambil pemakanan tambahan. Ini kerana semua produk di dalam pasaran ( dalam bentuk tablet mahupun kapsul) PASTI akan MEMPUNYAI SILIKA GEL…. yang membuktikan ianya tidak asli sama sekali.

Walau bagaimanapun, ada satu produk supplement dalam pasaran D#% yang sahabat saya ini cuba telah menyebabkan beberapa perubahan yang ketara pada beliau. Tambah beliau, sepanjang teman saya ini mengambil produk tersebut, wajahnya kelihatan kemerah-merahan, beliau akan mudah naik berang, mood tiba-tiba berubah, selera bertambah2, gemuruh, sukar tidur dan adakala terlalu aktif. Namun sahabat saya ini mengambil keputusan untuk berhenti mengambil produk tersebut kerana mengetahui ianya mengandungi steroid dan kesan jangka panjang streroid ialah kegagalan buah pinggang.
Yang paling kami kesalkan bagaimana KKM boleh meluluskan produk kesihatan yang mengandungi steroid???
Yang paling kasihan adalah golongan orang kita yang suka mencuba produk terbaru dalam pasaran tanpa pengetahuan yang mendalam tentang produk tersebut. Ada orang kita yang menbangga2 mencuba produk terbaru dalam pasaran tanpa mengetahui kesannya. Sehingga kini ada teman yang memberi saya produk lain secara percuma, tetapi terus terang saya katakan harga kesihatan saya terlalu mahal untuk digadai. Alhamdulillah saya tidak pernah campurkan makanan tambahan yang saya ambil kerana khuatir kesan yang akan saya terima. Duit boleh cari namun kesihatan bila ia hilang walau hanya seketika, kesal tak sudah….

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Sah steroid!!!

  1. Ish menakutkan…. macam mana produk macam ni boleh ada kat pasaran? Kalo yang makan tu ibu mengandung atau menyusukan anak, kan tak naya namanya! Tensionnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *