Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Saat dahi tidak lagi menyentuh Sejadah….

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
> Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan!
> Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
> Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
> Dengan kain kafan yang serba putih!
> Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih….
> Walaupun orang yang hadir itu merintih….
>
> Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai….
> Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
> Dengan empat kali takbir dan satu salam
> Berserta Fatihah, Selawat dan doa….
> Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
>
> Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus….
> Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
> Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud….
> Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
>
> Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian….
> Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat….
> Usunglah dirimu ke tikar Solat….
> Sebelum kamu diusung ke liang lahad….
> Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
>
> Iringilah dirimu ke masjid….
> Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
> Tangisilah dosa-dosamu di dunia….
> Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa’!
>
> Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
> Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
> Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan!
> Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
> Kerana ianya berguna untuk yang tinggal….
> Bukan yang pergi!
>
> Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
> Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
>
> Ingatlah di mana saja kamu berada….
> Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
> Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
> Serta menikmati rezeki Tuhan!
> Justeru bila Dia menyeru,….
> Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia….
> memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
> Ingatlah kamu dahulu hanya….
> setitis air mani yang tidak bererti!
>
> Lalu menjadi segumpal darah!
> Lalu menjadi seketul daging!
> Lalu daging itu membaluti tulang!
> Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….
>
> Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
> Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
> Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
> Yang lebih agung dari malaikat!
>
> Lahirmu bukan untuk dunia….
> Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
>
> Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
> Dengan penuh rela dan bersedia!
> Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’….
> Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
>
> Ingatlah yang kekal ialah amal….
> Menjadi bekal sepanjang jalan!
> Menjadi teman di perjalanan.. ..
> Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
>
> Pada hari itu tiada berguna….
> Harta, tahta dan putera….
> Isteri, kad kredit dan kereta….
> Kondominium, saham dan niaga….
> Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
>
> ” Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan”

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *