Rupanya ada sebab kenapa kena tulis doa!

Umur 14 tahun saya dah mula menulis….menulis surat mohon hajat pada pencipta.

Abah saya ajar bila ada nak minta dengan ALLAH, tulis dalam kertas. Kertas itu pula di lipat elok2 dan diletakkan  di bawah sejadah. Setiap kali solat, keluarkan kertas doa dan bacakan setiap doa yang ditulis.

Bila ada antara doa yang ditulis itu tercapai, saya hanya perlu gantikan dengan doa atau hajat yang baru.

Bayangkan sampai form 5 saya sentiasa diingatkan abah tentang kertas doa.

Bila usia makin meningkat, baru saya tahu pentingnya menulis apa yang kita hajatkan atau doakan.

Bila kita dah tahu apa yang kita mahu , dan kita faham kepentingan yang kita mahu insyaALLAH tindakan kita pasti selari ke arah itu.

Tahu dan Faham adalah dua perkara berbeza.

Ini saya belajar dalam kelas Shaklee.

Ramai orang tahu ada kelas sekian tarikh sekian masa…tapi hanya segelintir yang faham mengapa perlu datang dan datang awal. Mereka yang tak faham tak datang dan mereka yang tak faham pasti datang lewat.

Jadi kena tulis…tulis supaya kita tahu dan kita perlu faham untuk belajar cara yang betul dalam mendapatkannya.

So jangan lupa tulis doa kalian , dan dream perkara baik walaupun yang mustahil kerana ia boleh jadi kenyataan!

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *