Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Rezeki itu rahsia Allah

Saya baru selesai menyenaraikan semua barang dan keperluan dapur untuk bulan depan yang harus dibeli. Jika nak ikut hanya lojik akal rasanya duit dapur yang diperuntukkan mungkin tidak mencukupi namun saya yakion rezeki anak-anak pasti ada. Alhamdulillah setakat ini mencukupi termasuklah duit untuk membeli vitamin dan makanan tambahan.

Saya sentiasa percaya bahawa anak-anak yang dilahirkan pastinya disertakan dengan rezeki. Jadi sebagai ibu bapa kita harus cuba bagi yang terbaik. Mak saya selalu berpesan jangan berkira dengan anak, jika ada peluang berikan yang terbaik. Namun ini tidak bermakna kita memanjakan mereka dengan harta benda semata-mata. Tetapi pelbagai aspek seperti pelajaran, pemakaian, pemakanan dan segala keperluan lain.

Tertarik saya dengan keluhan hati seorang ibu yang merungut untuk membelikan anaknya vitamin.Adakala kita rasakan untuk membelikan anak kita vitamin c(khas untuk kanak-kanak) yang mungkin berharga RM30 agak mahal, tetapi perasankah kita bila anak kita demam dan kita terpaksa juga membelanjakan sejumlah wang untuk membeli ubatnya juga satu kos yang perlu ditanggung? Walhal tidakkah memberikan mereka vitamin adalah terbaik dari kita berikan mereka ubat? Pepatah Inggeris yang betul-betul lekat dalam kepala saya, AN APPLE A DAY KEEP’s THE DOCTOR AWAY. Pepatah kita pula, mencegah lebih baik dari merawat. Namun bukan semua ibu perasan mengenainya.

Jangan risau tentang duit. Duit atau dalam konteks yang lebih luas adalah rezeki. Pada saya rezeki itu rahsia Allah. Kita sebagai hambanya hanya perlu memohon agar rezeki kita sentiasa diberkati kerana rezeki yang diberkati itu sangatlah besar rahsianya dimana adakala RM10 itu kita lihat kecil nilainya namun adakala nilainya sangatlah besar sehingga tidak terduga oleh akal.Sebab itu kita digalakkan solat sunat dhuha untuk mendapat keberkatan dan keluasan rezeki. Jangan lokek untuk menderma kerana ianya mempunyai rahsia yang tersirat.

Jangan terlalu berkira untuk mendapatkan yang terbaik. Kesihatan itu sangat mahal harganya. Orang yang pernah sakit adalah orang yang tahu menghargai kesihatan.Semoga segala usaha kita untuk memberikan yang terbaik untuk anak diberkati Allah. Amin.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *