Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Perlukah hantar tuisyen Bahasa Melayu?

Dulu tv hanya hitam putih. Tak menarik langsung. Pilihan pun tak banyak. Seronok lagi main pondok-pondok atau main gula atau main ting – ting diluar rumah. Namun berbeza dengan zaman sekarang. Tv ada banyak chanel. Berwarna lagi. Pilihan rancangan terlampau banyak. Anak-anak lebih suka menonton tv atau kalau dah bosan cerita yang sama diulang, mereka punya pilihan permainan seperti Xbox, PSP, Ipad dan macam-macam gadget lain.

Apa yang saya dan suami sedar ialah anak-anak zaman sekarang punya banyak tenaga yang luar biasa. Mereka memang jarang letih. Mereka aktif. Mungkin pemakanan dari ibu mengandung, menyusu sehingga kini membentuk mereka aktif dan ligat.

Sebab itu kami cuba penuhkan aktiviti mereka pagi dan petang. Jika dahulu Sabtu Ahad adalah hari bercuti namun kami perasan mereka seronok punya aktiviti riadah pada hujung minggu. Berenang, karate adalah antara aktiviti yang membantu menyalurkan tenaga mereka yang banyak itu.

Semalam saya menghantar dua bujang saya ke tuition Bahasa Melayu. Mereka yang seronok nak tuition Bahasa Melayu kerana sebelum ini saya lebih fokus pada ilmu agama [ tahfiz], Matematik dan Bahasa Inggeris. Sayangnya saya dapati Bahasa Melayu mereka tidak begitu cemerlang. Walau si abang rajin membaca namun latih tubi juga perlu. Tidak bermakna orang Melayu memang cekap Bahasa Melayu. Mungkin dari segi pertuturan tidak ada banyak masalah. Namun dari segi penulisan , tatabahasa dan pemahaman memerlukan latihan supaya penguasaan bahasa dapat dilakukan.

Mereka teringin nak belajar tuition Bahasa Melayu. Muhan-mudahan cikgu ini membantu mereka terus bersemangat nak belajar. Mereka nampak sangat gembira dengan cerita yang menyeronokkan tentang tuition yang mereka lalui 2 jam semalam.

Sebagai ibu bapa kita usaha nak beri yang terbaik. Waktu cuti kita cuti. Waktu sekolah kita fokus aktiviti pembelajaran. Minggu ini minggu terakhir persekolahan.
Minggu depan insyaALLAH kita berjalan pula sambil melihat tempat-tempat yang menarik.

Kata mak, duit yang kita usahakan adalah rezeki anak yang kita tumpang, moga rezeki ini mempunyai keberkatan dan semoga anak2 ini berjaya dunia dan akhirat.

Penghantaran produk Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *