Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Perlu ke amik supplement bila dah tak menyusu badan?

Kenalan di fb saya banyak dari geng penyusuan susuibu dan saya mulakan blog ini juga dengan hasil cerita penyusuan Addin dan Nasa. Alhamdulillah rezeki mereka kerana dapat menyusu lebih 2 tahun untuk mereka berdua.

Tapi ada juga yang bertanya, kalau dah tak menyusu perlu ke amik supplement?

Balik kepada diri kita balik tujuan keperluan diri sendiri.

Sebab nama pun supplement, makanan tambahan ikut keperluan badan masing-masing kerana kehidupan setiap kita berbeza.

Jika ibu tidak bekerja sekalipun, jika jaga pemakanan, makanan semuanya organik dan seimbang, setiap hari ada aktiviti riadah dan bersenam, tidur awal dan tiada simptom pelik dari tubuh…mungkin pengambilan supplement hanya satu option untuk kelihatan lebih cantik dan menawan.

Tapi pada saya, jika surirumah dah tak menyusu badan tapi kerja rumah sentiasa bersusun, makan pun tak menentu, sering tidur lewat dan tiada masa nak bersenam secara konsisten, baik la amik supplement untuk cukupkan keperluan tubuh mana yang kurang.

Apalagi ibu yang bekerjaya….supplement antara perkara yang perlu dipertimbangkan untuk kekal produktif di pejabat dan di rumah. Jika penat bekerja ditambah stress yang dibawa balik ke rumah…membuatkan si ibu berpotensi nampak lebih tua dari usia dan stamina akan slowly makin menurun.

Jadi kenapa berkira untuk diri sendiri kan?

Ada beberapa kes kenalan saya yang pandang remeh pada supplement atas alasan tak suka nak makan vitamin…tapi bila dapat tahu dari doktor mereka mengidap penyakit kronik…terus bersungguh makan vitamin.

Ya, hanya kita aje yang tahu tujuan kita amik vitamin.

Jika kita seorang yang sering makan luar, jarang masak di rumah, selalu makan makanan segera tidur lewat melebihi jam 12 malam,  jarang ada masa bersenam, beban kerja yang banyak, tugas yang bersusun maka pengambilan supplement perlu menjadi pertimbangan utama untuk memastikan badan kita tak mudah terdedah penyakit dan badan kita mampu bertahan untuk menentang karsinogen.

Image result for career mother

Apa vitamin yang perlu untuk diambil kerana dah tak menyusu badan?

Next entry saya share ya.

 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *