SHAKLEE MALAYSIA

MASTER COODINATOR SHAKLEE MALAYSIA

Leptospirosis antara panyakit yang tular semasa banjir.

Leptospirosis antara panyakit yang tular semasa banjir.

Banjir kilat di ibu kota bukanlan satu perkara baru. Cuaca ekstrim hari ini yang menyebabkan hujan sering turun dan berterusan.

Jika dahulu banjir hanya terjadi di negeri pantai timur akibat musim monsun yang tiba. Tapi kini berbeza pula dengan hujan yang berterusan dan mengakibatkan banjir kilat di bandar-bandar besar.

Untuk sesetengah orang kedatangan banjir adalah sesuatu yang menyusahkan.. susah nak ke tempat kerja dengan hujan yang berterusan ada segelintir yang mengambil peluang untuk minta cuti dari majikan.

Namun ia bukan satu penyelesaian. Banjir ini di iringi dengan banyak perkara lain sebenarnya, antaranya banyak kerosakan,sampah sarap dan yang paling menakutkan ialah benda yang kita tak nampak iaitu penyakit yang mudah dihinggapi ada semasa banjir.

Antara penyakit yang tular semasa banjir ialah penyakit leptospirosis atau biasa dikenali dengan kuman dari kencing tikus.

 

<Berita hari ini>

banjir, longkang tersumbat, perparitan dan saliran
Banjir menyebabkan banyak kerosakan dan perlu banyak perbelanjaan menguruskannya.

Apakah itu penyakit leptospirosis?

Leptospirosis (juga dikenali sebagai penyakit Weil, grippotyphosa, dan canicola) dalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria (Leptospira Interrogans) yang menghasilkan pelbagai gejala.

Gejala penyakit leptospirosis boleh berlaku dalam dua fasa. Sesetengah ppesakit mungkin mengalami kegagalan buah pinggang atau hati, kegagalan pernafasan, radang otak, atau kematian.

Jangkitan bakteria disebarkan melalui air kencing haiwan yang jinak (seperti anjing dan kuda) mahupun haiwan liar (seperti tikus atau khinzir hutan) yang dijangkiti bakteria tersebut.

Ia dikenali sebagai penyakit “zoonosis” kerana ia berpunca daripada haiwan yang menjadi fokus jangkitan bakteria tersebut. Bakteria boleh bertahan di dalam air tawar dan tanah selama berbulan-bulan. Oleh itu, penyakit ini adalah yang paling biasa di iklim sederhana dan tropika.

<BERITA BANJIR TERKINI>

 

Kencing tikus, Tempat kotor,penyakit leptospirosis
Bahaya penyakitleptospirosis

Gejala dan tanda-tanda leptospirosis adalah berbeza bagi setiap pesakit. Gambaran leptospirosis boleh menyerupai penyakit lain seperti demam denggi dan malaria. Gejala leptospirosis boleh kelihatan kira-kira dua hari hingga empat minggu selepas terdedah kepada bakteria. Antara gejala yang boleh muncul adalah:

  • Demam panas
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Keletihan
  • Sakit tekak
  • Sakit perut
  • Kemuntahan
  • Cirit-birit
  • Jaundis atau demam kuning
  • Ruam
  • Mata merah

 

Langkah berjaga-jaga, tingkatkanimun sistem, jaga pemakanan, jaga kesihatan
Langkah pencegahan awal

 

 

Selain menjaga kebersihan rumah dan kawasan sekeliling, pengambilan pemakanan juga penting agar kesihatan terjaga.

Antara vitamin yang bantu tingkatkan sistem imun ialah vitamin C yang bantu cegah penyakit berterusan. Sustained Release Vita-C Plus dihasilkan daripada ekstrak jagung jadi ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif

 

Vitamin C , tingkatkansistem imun. antibodi kuat
Vitamin C Shaklee

 

 

 

Nutriferon, antibodi , perlindungan sel
Nutriferon,

 

 

Selain itu pengambilan Nutriferon ialah suplemen yang diformulasikan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan tubuh, selain mengandungi campuran tumbuhan eksklusif yang bertujuan untuk memperkuat imun. NutriFeron menggunakan formula yang dimiliki oleh Dr. Yasuhiko Kojima, seorang ahli imunologi yang terkenal, yang menggandakan interferon untuk meningkatkan fungsi sel-sel imun.

 

 

Boleh hubungi saya untuk dapatkan produk ini. Untuk  dapatkan harga ahli boleh klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *