Pentingnya air ….

Selepas mengenali tuan haji Talip… saya belajar betapa pentingnya air dalam kehidupan. Selama ini memang saya tahu air itu penting kerana 80 peratus dalam badan kita terdiri dari air tetapi rupanya air ini adalah penawar kepada segala penyakit kecuali mati.

Apa yang belajar dengan tuan haji Talip…

1) Jika kita susah hati, berdebar, gugup maka cepat-cepat la minum air masak supaya perjalanan darah itu lancar semula dan jantung akan berdegup normal.

2) Jika demam, sakit kepala, cirit birit, batuk mahupun selsema kita perlu banyak minum air agar perjalanan darah itu sentiasa lancar dan proses recover lebih mudah.

3) Jika anak kita terjatuh mahupun terperanjat maka segeralah berikan dia air (termasuklah susu ibu) agar darahnya lancar semula dan otaknya kembali berfungsi normal.

4) Jika kita ada masalah penyusuan anak maka ambillah sedikit air dan sapukan pada nipple serta keseluruhan breast dengan sedikit urutan insyaAllah susu akan lebih lancar di samping kita perlu minum air masak dengan lebih kerap.

5) Jika seseorang itu ada masalah keputihan( bagi wanita) cucilah dengan air yang banyak, insyaAllah akan pulih dia dari penyakit itu.

7) Jika seseorang itu terkena penyakit kulit akibat alahan, bilaslah dengan air sambil di urut tempat yang kena alahan , insyaAllah baik.

8) Jika kita atau anak diserang demam selain perlu minum air dengan banyak, mandi dengan kerap dapat mengurangkan panas dalam.

Air ini banyak faedahnya… jika seseorang itu admit hospital, kebanyakan pesakit akan dimasukkan air ke dalam badannya untuk mengelakkan dehydration. Jika rumah terbakar kita perlukan air untuk memadamkannya.

Ini adalah antara usaha sampingan selain pengambilan supplement mahupun ubat-ubatan. saya pernah bertanya kepada tuan haji mengapa air? Dan adakah air itu perlu dibacakan dengan ayat2 khusus? Jawab tuan haji, cukuplah dengan niat dan jika untuk minum mulakan dengan bismillah dan selawat sudah memadai.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *