Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Pendidikan anak? .

Hari ini ibu hanya melatih Addin menulis… tak banyak hanya dua perkataan iaitu panjang dan pendek. Kedua2 perkataan ini Addin hanya perlu menulis sebanyak 7 kali sahaja… tapi sepanjang menulis dia asyik la merungut katanya dia tak suka menulis. Hmmm agaknya sebab anak lelaki kot, kalau anak perempuan bagaimana agaknya? Addin lebih suka di suruh membaca daripada membuat latihan penulisan namun jika melukis atau mewarna, dia sanggup buat sampai habis tanpa merungut sepatah pun, mungkin sebab minat sangat.
May be ada orang ingat saya very particular tentang ini semua namun saya hanya melakukan dengan ala kadar kerana Addin sudah bersekolah dan saya hanya mahu menambah sedikit as parents support di rumah. Maklumlah Addin sudah enam tahun…next year dah ke alam sekolah yang sebenar.
Ramai kenalan saya yang tidak begitu menyokong pendidikan awal kanak-kanak namun yang peliknya bila si anak dapat membaca seawal 3 tahun mereka riuh sekampung kata anaknya pandai membaca. Pada saya pendidikan awal anak2 bermula dengan hanya melalui listening skill sahaja… lama2 dia akan ingat dan mudah menerima melalui perkataan-tulisan(pembacaan).
Walaupun begitu saya tiada jadual yang specific untuk Addin di rumah kerana ianya bergantung dengan mood dia…jika mood dia sangat bagus, semua subjek dia akan minta kita ajar selagi tak penat. Jika dia sedikit moody, mungkin ibu hanya akan minta Addin membaca buku BM atau BI atau buat latihan matematik then sambung tengok tv dengan abah dan ibu.
Hanya kita sahaja yang kenal anak kita lebih dari orang lain hatta cikgu kelasnya… jadi bergantung kepada kita untuk mencorakkan kain putih ini menjadi warna apa yang kita mahu.
Namun apa yang pasti pesanan Teacher Jun benar-benar tersemat di hati saya…kejayaan seorang anak dalam pendidikan sebenarnya adalah melalui bantuan dan sokongan ibu bapa, kerana guru itu hanya fasilitator dan tidak lebih dari itu! Oleh kerana pesanan ini jugalah saya selalu berjumpa dengan parents anak2 murid saya dan saya selalu berkata kepada mereka… sesungguhnya saya hanyalah fasilitator TETAPI ibu bapalah guru yang terbaik buat anak anda!
Renungkanlah dan jangan hanya pandai menilai …..

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Pendidikan anak? .

  1. salam Anne..

    anak sulung sy baru 5 tahun dan belajar di Smart Reader Kids. Sebelum sekolah sy tak pernah paksa dia belaja, apatah lagi mengenal huruf. Slalunya dia blaja sendiri. jumpa buku dia baca. jumpa kertas dia menconteng. dinding pun jadi dicontengnya. memang budak belaja melalui pendengaran dan penelitian gerak geri kita dahulu. neway method bacakan buku tu memang berjaya. sy praktik yang tu je….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *