Overdraft?
“Alhamdulillah syukur…walau hanya dapat RM50K sorang, hasil jualan tanah arwah mak ayah, ini masih dalam kumpulan wang terpijak. Hmmm seronoknya” kata Sofiah pada suaminya.
” Abang rasa eloklah duit tu beranak pinak dulu barulah kita gunakan….awak beli jek sijil ASB dengan nilai tu.” kata suami Sofiah yang duduk di kerusi malas sambil menonton berita perdana.
“Ala bang, saya baru bercadang nak bayar mana2 hutang saya macam kad kredit” sambung Sofiah lagi.
“Macam ni lah, abang cadangkan awak beli sijil ASB sebanyak RM50k dan kemudian cagarkan dekat bank yang punya interest Overdraft yang menarik. Dari situ awak keluarkanlah sedikit jumlah nak bayar kredit kad awak tu, nanti tepikan dari gaji portion kredit kad sebelum ni untuk bayar duit overdraft tu ” ….
“Kalau dah cagar , kita masih dapat dividen ke bang?” tanya Sofiah terpinga2. Suaminya dengan tenang dan senyum menjawab”Jangan risau, masih dapat. Inilah satu2nya harta cagaran yang berbaloi, sebab ianya membiak berbanding jika kita cagar rumah atau kereta di bank.”.
“Apa sebenarnya kelebihan Overdraft bang?” tanya Sofiah lagi dengan penuh minat.
“overdraft ni sebenarnya sama macam kredit kad juga… kredit fasiliti yang interestnya lebih rendah berbanding kredit kad.” jawab suami Sofiah lagi.
Kesimpulan dari cerita benar di atas:
1.Jika kita punya minimum duit simpanan ASB yang berjumlah RM11k…ada bagus juga kita tukarkan ke dalam bentuk sijil ASB terus. Jika dalam bentuk buku…adakala kita akan gunakan juga dan ianya makin menyusut.
2. Cagarkan sijil tersebut kepada mana2 bank yang menawarkan interest Overdraft yang menarik.(buat masa ni CIMB ada offer yang menarik)
3. Jika perlukan cash, keluarkan sahaja dari bank melalui Overdraft.Jangan lupa bayar overdraft …jangan pula joli katak sampai sendiri terjerat. Ianya sama mcm kad kredit tetapi interest dia rendah dan tak keterlaluan menjerat leher.
Overdraft againts ASB selalunya dibuat oleh mereka yang punyai simpanan berpuluh ribu dalam ASB. Golongan ini tidak mahu duit pokok pelaburan mereka berkurangan dan dalam waktu yang sama mereka perlukan cash untuk pusing balik mana2 perbelanjaan yang patut sementara menunggu duit gaji. Maka, mereka membeli sijil ASB (minimum utk buat ni RM11k) dan kemudian dicagarkan dibank. Walaupun mereka keluar masuk duit melalui overdraft tetapi bagusnya duit pelaburan pokok tidak sesekali terganggu.
Berapakah amaun yang boleh didapatkan melalui overdraft? Setahu ibu jumlah maksima ialah 90%.
Bermaksud, jika jumlah sijil kita ialah RM11K maka nilai maksima untuk kita buat overdraft ialah kasarnya RM10k. Bagaimana dengan interest? Ianya lebih rendah berbanding dengan interest yang dikenakan oleh bank untuk personal loan. Bank akan review penyata overdraft setahun sekali.
Apapun OD adalah satu kredit fasiliti yang lebih baik dari kita guna kredit kad…mana taknya interest kredit kad yang dikenakan oleh bank ialah 18% setahun, maka untuk pengguna tegar kredit kad macam abah dan ibu…sangat terasa woooo. Berbanding dengan interest OD ianya hanya dicajkan mengikut BLR semasa ke atas baki berkurangan atau dengan kata lain 5.8% daily rest.OD atau CC sebenarnya lebih kurang sama sahaja ..cuma ada kebaikan dan keburukkannya. Yang penting disiplin. Abah selalu ingatkan ibu dulu, jika nak guna credit card mesti ada disiplin untuk bayar.
Ada juga yang amik fasiliti OD untuk menambahkan pelaburan ASB tapi ibu tak berapa pandai lagi dalam bab ini dan masih sedang belajar.
Sebenarnya ibu belum pernah buat overdraft lagi even againts ASB, but really interested to do so… sekurang2nya bila perlukan cash yang mengejut, tak perlu kacau duit simpanan.
Ada sesiapa yang pernah buat? Bolehlah share dengan ibu dan kekawan lain yang berminat. Ibu dapat tahu mengenai ini pun dari kawan sekolah auntie Noy. anyway thanks to kak Rohaiza yang sanggup berkongsi tentang overdraft. Hari ini ibu plan nak telefon auntie Sandra yang kerja dekat CIMB, nak tahu detail lagi pasal od againts ASB ni….
Oh ya, walaupun sekarang ramai yang lebih berminat melabur dalam fund mutual tapi buat masa ini ibu selesa dengan ASB kerana lebih terjamin dan ibu tak perlu kisah sangat turun naik harga seunit pelaburan.
Salam sayang dari ibu