Oh , ianya bukan ulcer biasa.
Ibu dah perasan kelmarin dalam mulut Nasa ada ulcer…namun ibu ingatkan ianya ulcer biasa yang biasanya akan terjadi dengan mudah apabila hari panas dan Nasa kurang minum air. Ibu hanya pastikan Nasa minum performance, guggle dengan Adamas mouth rinse(recomended by a doc) dan letak ubat cina iaitu serbuk kulit tembikai. Kenapa ibu tak sapukan bonjela? Sebab ianya menyakitkan dan ibu tidak suka mendengar Nasa menangis.
Memandangkan hari ini sudah hari ketiga, ibu nekad nak bawa Nasa ke klinik Haizam tetapi ramai sangat yang menunggu dan ibu membuat keputusan ke Paedetric Cheah…fav paed ibu di Miri. So alhamdulillah tak ramai orang maka kami tak perlu menunggu lama. Apabila Doc Cheah meminta Nasa membuka mulut sahaja.. beliau terus menyatakan ..inilah sakit HFMD. Hmm ibu dah jangka kerana selalunya ulcer Nasa tak melarat seperti sekarang.
Ibu pun meminta kepastian apakah perbezaan ulcer biasa dan ulcer HFMD? Doc Cheah pun memberitahu bahawa ulcer yang tumbuh berdekatan dengan kawasan anak tekak dan berbentuk kembar ialah HFMD. Manakala ulcer biasa hanya akan tumbuh di sekeliling bibir dan ianya hanya sebiji sebiji. Doc Cheah juga mengatakan penyakit ini hanya akan merebak semasa musim jerebu…dan memang sekarang adalah musim jerebu yang teruk di Miri. Doc Cheah juga memberitahu kini penyakit HFMD mempunyai beberapa jenis virus yang merebak dengan pelbagai cara. Ulcer HFMD akan hidup selama seminggu jika penjagaan rapi diberikan agar ianya tidak akan melarat….
Addin pun ibu tak hantar ke sekolah kerana tidak mahu sorang lagi pula mendapat sakit. Ibu telah membeli beberapa set soalan percubaan agar Addin dapat melakukan ulangkaji di rumah bersama ibu. Bersyukur kerana ibu tidak bekerja dan dengan ini ibu dapat menjaga anak2 ibu di depan mata ibu sendiri.
Ibu terima dengan redha kerana ibu tahu segala aturan Allah pasti yang terbaik dan mempunyai hikmah. Ibu selalu berpegang pada kata ” Allah hanya akan menduga atas sesuatu mengikut kemampuan hambaNya..”. Semoga Nasa sembuh dan berselera semula……
Doakan agar Addin dan Nasa sihat sejahtera selalu …..Amin.
“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).
Salam sayang dari ibu
Salam Kak N,
Kesiannya dgr Nasa tak sihat. Doa Niza, semoga Nasa cepat sembuh dan semoga Nasa n Addin dilindungi dari sebarang penyakit n sentiasa sihat walafiat.. Amin..
Amin, terima kasih Niza