Niat Puasa Ganti

Subhanallah , kalau perasan lagi beberapa hari kita akan berpuasa Ramadhan. Tahun ni merupakan tahun ke 8 kami akan berpuasa di Kuala Terengganu.
Dah habis puasa ganti?Masa zaman menyusu anak dulu, boleh kata kerap juga kena puasa ganti sebab adakala tak tahan lapar dan letih bila menyusukan anak sambil berpuasa. Puasa ganti ni wajib terutama puasa yang kita tinggalkan pada bulan Ramadhan kerana keuzuran atau mengambil rukhsah ibu mengandung atau menyusu. Bila nak ganti puasa ni kita wajib tahu Niat Ganti Puasa.
Biasanya puasa ganti ini lebih mudah jika dapat dilakukan bersama dengan puasa sunat 6 syawal. Saya biasa gabungkan beberapa puasa dan kebetulan buat dalam bulan Syawal, alhamdulillah dapat bersama kelebihan puasa 6 tadi. Bagi wanita, mereka ada kekangan untuk berpuasa secara berterusan , terutama ibu mengandung dan menyusu ditambah bila kedatangan bulan [ menstrual].

Ada sesetengah pendapat mengatakan, bila kita nak puasa ganti, kita boleh mula niat selepas Asar sehari sebelumnya. Sebagai contoh, kita nak berpuasa sunat Isnin, maka Ahad petang dah boleh niat esok nak puasa ganti dan secara langsung dapat pahala puasa sunat Isnin.
Ada juga pendapat mengatakan, boleh juga digabungkan Niat Puasa Ganti dengan puasa sunat Isnin Khamis atau puasa sunat yang lain. Ini juga membantu si berpuasa itu tahu betapa banyaknya ganjaran yang menantinya.
Bolehkah baca niat di baca dalam Bahasa Melayu?
Ya sudah tentu boleh.
Berniat dalam Bahasa Melayu
Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala.
Adalah paling baik jika dapat memahami maksud doa yang kita baca. Jika sukar, kita boleh baca dalam bahasa yang kita mudah fahami. Ini kerana kita akan lebih menghayati doa yang kita baca.
Nanti saya akan kongsikan Set Sahur Lengkap dan Sihat dalam next entry insyaAllah.
Stay tune ok!