Nak hilangkan jeragat….
Ada seorang teman bertanya kepada saya apakah vitamin yang benar-benar membantu menghilangkan jeragat dan parut hitam pada kulit. Sebenarnya terdapat banyak vitamin yang membantu menjadikan seseorang itu sihat dan secara langsung akan kelihatan cantik dan berseri. Vitamin yang saya maksudkan ialah ESP, vitalea(multivitamin Shaklee known as killer product) , b complex, vitamin C, zinc, beta carotene dan vitamin E. Sekali pandang memang nampak banyak namun bagi saya yang memang makan kesemua yang dinyatakan tidaklah hairan jika seseorang pakar kecantikan mengesyorkan beberapa jenis vitamin yang penting untuk kulit. Namun bagi anda yang pastinya mempunyai budget yang tersendiri, anda boleh mulakan dengan mengambil ESP dan vitalea terlebih dahulu. Mungkin selepas sebulan anda boleh menambah perlahan-lahan dengan vitamin lain yang dinyatakan.
Ada yang mendakwa mengambil vitamin yang banyak akan menyebabkan kesan jangka panjang yang negatif tetapi perlu kita ingat ianya mungkin berlaku ke atas mereka yang mengamalkan pengambilan vitamin sintetik (yang ada silika gel). Jadi jangan mudah membuat kesimpulan jika ilmu yang ada adalah dari cerita teman yang juga kurang ilmunya. Ramai teman saya diluar yang suka membuat kesimpulan hasil dari cerita dan gosip kawan mereka berbanding membaca bulu-buku yang berkaitan dengan vitamin, ubat-ubatan dan pemakanan. Saya sendiri masih membaca berulang-ulang kali sesuatu buku sebelum membuat kesimpulan sendiri agar ilmu yang saya tulis dan kongsikan bersama bukanlah dari ilmu songsang….