Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Minggu Penyusuan 2017 : Antara cabaran menyusu anak sehingga 2 tahun

Salah satu nikmat bila menjadi ibu adalah dapat menyusukan anak selama 2 tahun. Ya ia bukanlah satu perkara yang mudah namun tidak juga mustahil.

Shaklee Kuala Terengganu

Alhamdulillah rezeki kerana saya dapat menyusukan anak sulung saya selama hampir 3 tahun setengah dan si adik sehingga 2 tahun lebih sikit. Ya ada ibu yang lebih hebat kerana mampu menyusukan anak mereka sehingga 5 -6 tahun pun ada.

Namun cabaran biasanya hebat untuk menyusukan anak lelaki.

Kerap menyusu

Ini kerana ramai ibu berpendapat bahawa anak lelaki lebih kerap minum dari anak perempuan. Kebenarannya saya tak pasti kerana saya tiada pengalaman dalam hal demikian maklumlah kedua-dua anak saya lelaki. Yang pasti sejak lahir lagi kedua beradik ini mempunyai corak penyusuan yang sama iaitu menyusu sejam sekali terutama pada 3 bulan pertama kelahiran mereka.
Masih ingat lagi saya ditegur oleh nurse kerana kerap menyusukan mereka. Nurse kata patutnya at least 2 jam baru menyusu.

Kita ibu muda yang tiada pengalaman…so setiap kali bayi menangis aje saya suakan susu badan. Dah jadi tabiat dan akhirnya sendiri penat.

Waktu tu saya buka buku supplement saya jumpa tulisan Dr Bruce Miller bagi tahu alfalfa bagus untuk stimulate milk. Memang saya terus jadikan amalan sebab nak tampung keperluan anak tadi.

Ibu yang serius nak menyusu anak sampai 2 tahun, tips saya adalah make sure badan kena sihat dan mental pun sihat. Bebas dari stress. So kena jaga makan dan jika perlu amalkan vitamin. Kita aje yang tahu badan kita. Elakkan berdiet kerana ia boleh menggangu produksi susu badan.

Suka menyelak

Bagi ibu yang bertudung, sebenarnya satu kelebihan terutama jika memakai tudung yang lebih besar dan labuh, dapat menutup aurat jika nak menyusu anak di kawasan yang mungkin sedikit terbuka. Oh tapi percayalah ia bukan semudah yang ibu sangka.

Adakala dapat anak jenis suka menyelak baju ibu dia dan sibuk nak tengok  keadaan sekeliling sambil menyusu. Oh tuhan aje tahu perasaan ibu yang bertudung tu.
Namun nasihat saya sebelum ia melarat beranikan memberi amaran sejak dari peringkat awal. Tepis tangannya secara lembut bila dia mula nak menyelak. Maka jika kita sentiasa lakukan demikian, ia akan mendapat input bahawa tak boleh menyelak. Ia satu yang tak boleh dilakukan. Lama ke lamaan anak akan tahu dia perlu menyusu dalam keadaan tertutup.

Tangan anak suka merayap.

Ini juga salah satu cabaran masa menyusu anak. Namun seperti saya kata tadi, apa pun mulakan dari awal jangan sampai dia jadi tabiat dan menyusahkan kita kemudian hari. Setiap kali tangan bayi mula nak merayap tepis secara lembut dan lakukan sehingga si bayi faham ia tak boleh buat begitu.

Menyusu hanya dalam keadaan baring sahaja.

Ya memang ada ibu-ibu yang akan menyusu dalam keadaan baring mengiring kerana anaknya tidak mahu disusukan dalam keadaan ibu duduk. Ya saya juga melaluinya. Kalau kita hanya menyusu dirumah dan tak keluar rumah, mungkin tak nampak masalah besar. Tapi bagaimana jika kita menyusu kat rumah mak mertua kita? Takkanlah 24 jam kita nak terbaring aje kan? Menjadi isu sebenarnya nanti, percayalah.

So kena juga usahakan menyusukan anak sambil duduk. Mungkin sambil menonton tv atau dalam keadaan membaca buku kita cuba lakukan sambil menyusu si kecil. At least bila kita berjalan naik kereta atau naik kenderaan awam seperti kapal terbang kita tak punya banyak masalah nak menyusukan anak dalam keadaan duduk.

Anak suka menggigit 

Memang ini antara moment yang tak boleh dilupakan kerana kita akan berada dalam keadaan stress terutama jika puting susu luka dan berdarah. Namun ia salah satu kenangan manis saat menyusukan si bayi tau.

Ditambah jika anak dah ada gigi susu….oh ia lebih menyeramkan.

Namun apa yang ibu boleh buat untuk menyusukan bayi yang ada gigi? Pertama anak yang dah mula tumbuh gigi sebenarnya dah mula faham apa yang ibu cuba cakap. Jadi bagitahu secara lembut, jangan menggigit kerana ibu boleh sakit. Beritahu dengan kerap setiap kali nak menyusu.

Bagaimana jika dapat anak yang kuat menyakat….lagi dipesan lagi usaha nak gigit? Saya dulu amal setiap kali si anak gigit, saya akan berpura-pura menggigit lengannya supaya dia juga tahu kesakitan kesan gigit. Jadi lama-lama mereka jadi serik nak cuba main-main. Hehehehe.

Oh kalau dah luka nak buat bagaimana? Antara petua mudah ialah sapukan tempat luka tadi dengan air susu badan si ibu semula. Lakukan dengan kerap kerana susuibu mengandungi antibodi yang tinggi maka biasanya luka akan cepat baik.

Sementara luka, elakkan menyusu dari puting itu secara langsung. Cuba cari nipple shield. Jadi tak la rasa sakit itu membuatkan ibu stress. Saya sempatlah merasa menyusu anak dengan nipple shield.

Ya ada banyak lagi cabaran yang perlu ibu lalui dengan karenah anak dan faktor usia ibu juga memainkan peranan. Namun setiap ibu pasti ada cara dan kreativiti sendiri untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun.

Menyusu adalah satu moment yang membantu bonding antara ibu dan anak. Secara langsung membentuk peribadi anak.

Ingat ya, masa menyusu elakkan stress, perasaan marah, mudah merajuk atau sensitif kerana hasil tu nanti dapat ke anak kerana emosi itu turut salur semasa menyusu. Jika masa menyusu kita gembira dan tenang, emosi anak yang terbentuk juga sama. Lebih ceria dan tenang.

Menyusu anak selama 2 tahun bukan mudah tapi yang pasti tak mustahil.

Selamat menyusu!

Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *