Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Mengapa perlu supplement? Apa kata Dr Jue?

Saya mengenali seorang hamba Allah ini. Hidupnya sangat sederhana. Banyak berbakti kepada urusan agama. Pernah datang menziarah kami di rumah….dari situ saya mula mengenali beliau. Bila melawa minum minuman yang dihidangkan, beliau hanya tersenyum dan meminta air kosong sahaja. Kumpulan yang datang bersama memaklumkan beliau tidak minum air manis. Malah makanan beliau juga bersumberkan apa yang beliau tanam dan usahakan. Beliau jarang membeli makanan luar kerana kebanyakan hanya masakan dari rumah. Walaupun dah berumur namun badannya masih sihat, mampu bertahajud dan bangkit awal untuk solat subuh. MasyaAllah. 
Namun berbeza dengan kehidupan rata-rata kita hari ini. Banyak masa kita sibuk dengan urusan kerjaya, banyak masakan yang ada bahan perasa, adakala makan luar…adakala makan makanan segera….pastinya keperluan vitamin kita berbeza.

Saya tertarik dengan perkongsian seorang doktor yang menerangkan kepentingan supplement yang ramai orang salah sangka.

Ramai yang menjadikan supplement rawatan alternatif semata-mata dan bukan sebagai keperluan harian yang menampung pemakanan yang diambil.
So bila sihat, mereka tak endahkan…namun bila ada simptom atau tanda sakit berlarutan…vitamin yang dicari dengan harapan cepat sembuh.
Hakikatnya vitamin bukanlah bahan penyembuh, ia cuma menampung keperluan sel dalam tubuh yang memerlukan zat vitamin dan galian yang tidak dapat dipenuhi dari pengambilan pemakanan harian kita.
Jadi jawapan yang tepat, adakah kita perlukan supplement? Balik kepada cara hidup kita. Hanya kita sahaja yang ada jawapan yang tepat. Sebagaimana saiz baju kita, hanya kita sahaja yang tahu kita sesuai memakai baju saiz S atau M atau saiz yang lebih besar.

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#cariredhaAllah
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *