Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Mengapa perlu ada fikiran yang positif dalam kehidupan seharian?

Ibu kenal insan ni lama dah…ibu tahu beliau seorang yang bagus dalam amalan agamanya. Jadi ibu berkongsilah mana yang baik…dan sms yang ibu terima dari beliau membuatkan ibu tersenyum:

“Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan sangkaan hamba2Nya”

Bermaksud…kita perlu bersangka baik dengan Allah setiap masa. Bila kita ragu2 bermaksud kita tidak yakin dengan Allah.

Benarlah kata mak ibu selama ini, fikir yang baik akan datang yang baik jua.

Samalah dengan menyusu anak. Kena fikir yang baik dan positif. Baru berhasil. Jika ragu2 dan tidak yakinlah yang selalu menjadikan ibu itu berjaya separuh jalan.

Bagaimana untuk melahirkan keyakinan? Solat pada waktunya, membanyakkan solat sunat seperti dhuha dan tahajud serta zikir2 nama Allah yang indah2 belaka.

Inilah sebenarnya makanan hati…usaha mendekatkan diri dengan pencipta. Namun malangnya hari ini orang kita sibuk berkejar2 atas urusan dunia. Sebab itu seseorang pernah memberitahu ibu bahawa dugaan atau ujian itu adalah “sapaan” Allah buat hambaNya yang leka dan alpa.

Semoga kita sentiasa menjadi makhluk yang bersyukur dan beringat kepadaNya. Amin

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Mengapa perlu ada fikiran yang positif dalam kehidupan seharian?

  1. N, kalau kita memang bersangka baik, tapi ujian yang datang bertalu-talu menimpa? tak tahu nak fikir ni hukuman ke atau dugaan ke? macam mana nak kuatkan semangat dan pulihkan keyakinan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *