Mencari rezeki yang hebat.

Setiap orang mempunyai masalah dan ujian yang tersendiri. Namun sesuatu yang perlu kita yakini adalah Allah tidak akan menguji sesuatu itu diluar kemampuan diri kita.



 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Hakikatnya ujian yang kita lalui adalah untuk kita berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Bersangka baiklah dengan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda;

“Allah s.w.t berfirman: Aku menurut persangkaan hamba-Ku dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
Maka bila kita mengusahakan sesuatu, ingatlah ALLAH sentiasa bersama hambaNya yang mengingatiNya;

“Barang siapa yang mengingatiKu di dalam dirinya, Aku mengingatinya di dalam diriKu. Dan barang siapa yang mengingatiKu di dalam perhimpunan, Aku mengingatinya di dalam perhimpunan yang lebih baik darinya”.

Bila kita berniaga, usahalah mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah;

“Wahai manusia! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang HALAL dan baik, dan janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata” (Surah al-Baqarah:168).

“Dan makanlah dari REZEKI yang diberi Allah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman” (Surah al-Mâidah:88).Apabila kita diuji sepanjang kita mengusahakan sesuatu ; sebagai contoh apabila berniaga kita mendapat pesaing yang gelojoh dan kita rasa tidak senang ; maka ingatlah bahawa “Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” [Hud:6].

Masih teringat kisah dua sahabat yang berniaga;
Si polan A menjual beg jenama X manakala si polan B juga menjual beg jenama X. Kedai mereka bersebelahan antara satu sama lain.
Si A menyediakan macam-macam hadiah pada pelanggan yang membeli darinya manakala si polan B hanya memberikan sejenis beg duit kecil untuk menyimpan duit syiling. Si A juga menurunkan harga demi memujuk pelanggan tidak membeli dari Si B.
Walaupun dari sudut mata kasar, kedai si A punya banyak pelanggan yang keluar masuk, tapi tiada siapa tahu bahawa jualan si B lebih banyak dari si A.
Ini semua berlaku atas kehendak ALLAH jua.
Apa yang saya dimaklumkan adalah si B adalah seorang yang bersederhana dalam berniaga, beliau berniaga dengan jujur dan beramal dengan sunat Dhuha serta tahajud memohon rezeki dari ALLAH. Beliau sangat yakin, rezekinya datang dari ALLAH jua.
Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah jua. Jika Allah tidak mengkehendaki ia berlaku, tidak jua ia berlaku.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” [at Talaq:2-3]  “Dan ketika Tuhan kamu mengisytiharkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pastinya Aku akan menambah kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu adalah benar-benar berat’ ”  “Wahai anak Adam, jika engkau mengingatiKu di dalam dirimu, Aku akan mengingatimu di dalam diriKu. Dan jika engkau mengingatiKu di dalam perhimpunan, Aku akan mengingatimu di dalam perhimpunan para malaikat. Dan jika engkau mendekatiKu dengan sejengkal, Aku akan mendekati engkau dengan satu hasta. Dan jika engkau mendekatiKu dengan satu hasta, Aku akan mendekati engkau dengan satu depa. Dan jika engkau datang kepadaKu berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari”).

Maka wahai sahabat, tidak perlu gusar atau bersedih, rezeki ini datangnya dari ALLAH, teruskan usahamu untuk berjuang meneruskan kehidupan agar hidup kita lebih baik dari semalam.
Teruskan doa merintih pada ALLAH yang memberi rezeki pada seluruh makhluknya;

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Mencari rezeki yang hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *