Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Menangis????

Minggu ni adalah minggu kedua persekolahan Addin dan Nasa…Rutin yang masih sama, perlu hantar abang Addin dahulu, then hantar Nasa dibelakang rumah sahaja. Jam 9 ke sekolah abang Addin menemaninya makan sewaktu rehat sehingga jam 10 lebih kurang. Kemudian ibu akan balik ke rumah memasak, membasuh baju dan meng update semua order harian. Jam 11.30 jemput putera muda, Nasa. Kemudian keluar semula untuk menjemput putera sulung ibu, abang Addin. Wah..masa berlalu sangat cepat. Letih? Fuhhh boleh tahan. Ibu rasa jika tak makan vitamin sure ibu nampak tua ,kekekekeke.

Abang Addin mempunyai karektor yang sangat lembut, mudah terasa dan sensitif. Maka ke sekolah, ibu akan pastikan abang Addin tenang dan gembira. Namun dia masih cengeng…iaitu mudah menangis tatkala ibu melambai untuk menandakan ibu akan pulang sebentar. Bila waktu ibu datang menjemput masa pulang, hebatnya abang Addin bukan kepalang, dialah hero….

Nasa pula.. ibu menghantar Nasa ke sekolah agar dia mempunyai aktiviti walau untuk seketika. Sudah masuk 2 minggu bersekolah, Nasa masih lagi menangis dan menjerit2 mencari ibu. Kesian betul. Ikut hati dan naluri keibuan ibu, sebenarnya ibu tak sampai hati tapi abah kata jangan turutkan perasaan. Nasa tidak pernah berenggang dengan ibu selama ini, maka manjanya mak ai…rasanya terlebih2. Walaupun begitu, ibu tahu Nasa happy ke sekolah kerana dia mula pandai speaking di rumah. Jika dia tidak mahu sesuatu Nasa akan berkata ” No, i say No!” Dengan tegas sekali. Antara sentence yang Nasa boleh sebut dengan sendiri…

1. What are you doing? … ianya akan keluar dari mulut Nasa jika kami menelefon ayahtok, mamatok ataupun emak ibu iaitu atok. Namun yang kelakarnya bila ditanya soalan yang sama kepada Nasa, tahu apa yang dijabwabnya? Aca(Nasa) busy….lawak la anak ibu ni.

2. Where are you? Nasa akan selalu keluarkan perkataan ini apabila dia mencari abah…walhal abah hanya ke toilet sahaja.

3. No, i say No…. ni tentunya apabila kita memberi sesuatu yang dia tidak mahu atau tidak suka.

Yang pasti kedua2 anak ibu ini senang sangat menangis…walhal bukannya lama pun ke sekolah. Hmmm nasiblah ibu ni cuti boleh jaga kalian, jika ibu kerja pasti bibik pun pening kepala dengan ragam kalian.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Menangis????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *