Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Mee Jawa Paling Sedap di Miri Sarawak?

Saya mula suka makan mee jawa selepas makan mee yang kakak ni masak …. 6 tahun dulu.

Mee Jawa Miri
Gambar Ikhsan google.

Sambil mengajar anak saya subjek sekolah mereka sempatlah juga curi masa untuk update blog hari ini. Idea nak menulis ni dari pagi tadi bila teringatkan mee jawa kakak ni.

Kami kenal kakak ni pun bila kami diam di Kin Link apartment di Pulau Melayu. Bermula dengan nasi goreng ayam yang kami biasa order terus cuba mee jawa kakak ni. Alhamdulillah sampai hari ini kalau nak makan mee jawa kami minta kakak ni masakkan.

Rumah kakak ni terletak di area Pulau Melayu Miri Sarawak.

Mungkin di tempat lain senang nak dapatkan mee jawa yang sedap…tapi pengalaman kami selama duduk Miri, mee jawa yang kak Jamilah masak paling sedap.

Semasa bulan puasa, rakan-rakan yang berbuka puasa dengan mee jawa kakak ni pun mengakui betapa sedapnya mee jawa yang beliau masak.

Walaupun kakak ni hanya buka kedai kecil dirumahnya sendiri namun kerana beliau masak cukup rasa terutama rasa manisnya ubi keledek yang dimasak bersama mee jawa tersebut.

Bagi mereka yang berada di Miri dan teringin nak rasa mee jawa kakak ni; boleh telefon dan buat tempahan awal.

Kak Jamilah Pulau Melayu : 016-8725399.

* hehehehe kena  order untuk lepaskan rindu sebelum berangkat ke US dengan Shaklee Trip.

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *