Mak selalu pesan simpan buah ni kat rumah bila ada anak kecil.
Baru teringat beberapa bahan masak pun dah habis… dan sepanjang dok belek barang kat rak ternampak la buah ni ….
![]() |
Buah Pala |
Terus capai sepeket!!!
Waktu tu teringat benar kat arwah mak. Mak selalu pesan, bila rumah ada anak kecil pastikan buah pala sentiasa ada kat rumah.
Ya Allah, baru sedar sejak pindah Terengganu ni lama tak simpan buah pala.
Sebenarnya saya tak tahu sangat kegunaan buah pala ni walaupun ada orang kata ia sangat bagus dan boleh tambah dalam masakan.
Ada beberapa entry kelebihan buah pala yang saya dapati menarik dan antaranya INI.
Tapi arwah mak pesan kat saya dulu sejak ada anak kecil…mak kata, bila ada anak kecil mereka kan lasak…sedang membesar pasti ada banyak masa mereka terjatuh dan lebam…maka cepat2 amik buah pala kering ini pecahkan amik isi dalamnya ,
![]() |
keluarkan isi buah pala yang kering dulu |
dibasahkan sedikit….digosok pada anak lesung… kemudian sapukan pada tempat lebam kesan jatuh tadi. InsyaAllah cepat kesan lebam tadi hilang.
![]() |
amik yang dah jadi cecair kat anak lesung tu sapu kat tempat lebam |
Alhamdulillah memang sangat mudah bila ada buah pala dirumah.
Terutama bila ada anak kecil…ia sangat membantu sebagai first aid bila ada kemalangan kecil yang melibatkan anak-anak.
Selain itu ibu-ibu boleh sediakan 1 tube Herbal Blend Shaklee* juga sebagai salah satu krim serbaguna dalam rumah dan ianya bukan hanya untuk anak kecil sahaja…dewasa pun boleh guna.
![]() |
Krim serbaguna bagus untuk seisi keluarga |
Kalau anak kena gigit nyamuk atau perut kembung, sapu aje krim Herbal Blend Shaklee ini. InsyaALLAH membantu meredakan keadaan si manja tadi.
Selamat mencuba.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689
🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
Wahh menarik tips ni kak N…terima kasih…btw kalau Khamis & Sabtu pagi – 12.30 tgh hr ..area blakang Giant Bukit Besar sebelah flat PPR tu ada Pasar Tani…kalau nak daging Fresh ikan hidup² boleh singgah situ…😊