Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Life must go on…

Malam ni abah akan bertolak ke Mauritania… salah sebuah negara di Afrika. Memang jauh, lebih jauh dari Turkmenistan. Nasib baik cuma seminggu sahaja, namun bagi kami yang tinggal seminggu itu ibarat setahun lamanya, ditambah dengan cuti Tahun Baru Cina. Ibu sedang cuba sediakan aktiviti untuk Addin dan Nasa agar cuti 4 hari ( Sabtu hingga Selasa) dapat diisi dengan baik dan menyeronokkan.

Memang sayu bila berpisah dengan abah… namun kerana tugas dan amanah, abah perlu jua melaksanakannya. Apa pun ibu sentiasa berdoa agar Allah aturkan yang baik untuk abah dan kita sekeluarga. Abah pun memang berat hati nak pergi kerana belum puas meluangkan masa dengan kami sejak pulang dari Turkmenistan, kini dah terbang untuk ke Mauritania pula.

Namun kata pepatah, sayang isteri tinggal2 kan, sayangkan anak tangan2kan. Hmmm,

ibu doa cepatlah masa itu berlalu… agar tidak terasa abah tiada disisi.

Semoga abah selamat sampai ke destinasinya…..

Ya Allah ampunilah segala dosa suamiku, berikanlah dia taufiq dan hidayahMu dalam apa jua yang dilakukannya, tetapkan imannya, murahkan rezekinya, bahagiakan dia dan selamatkanlah suamiku walau dimana sahaja dia berada. Amin, amin,amin Ya Rabbal Alamin.”

Buat suamiku tercinta, doaku sentiasa mengiringimu walau dimana sahaja dikau berada.
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *