Kesihatan prostat perlu dipandang serius oleh para lelaki.
Namun kelas nutrisi yang lepas baru saya belajar benda baru iaitu prostat lelaki membesar selari dengan umur mereka. Ianya berlaku dalam keadaan tanpa disedari terutama bila kita kurang ilmu pengetahuan.
Saya cuba google dengan lebih lanjut….dan ya ianya membesar mengikut faktor umur.
Baru saya faham mengapa lelaki pada sesetengah peringkat umur mendapati perubahan terutama berkaitan dengan masalah perkumuhan iaitu membuang air kecil lebih kerap atau mudahnya kita kata kencing yang tidak lawas.
sumber dari menshealthforum |
Pada usia 20 an, prostat lelaki yang sihat biasanya adalah sebenar walnut.
Didapati lebih 90% lelaki yang mencapai usia 90 tahun mengalami masalah kesihatan yang sangat terjejas. Prostat boleh membesar kepada saiz besball dan ini akan menyebabkan kualiti hidup lebih terjejas.
Bagi lelaki yang tidak mementingkan kesihatan dan kehidupan yang sihat, dikala inilah mereka terdedah dengan pelbagai penyakit termasuklah kanser prostat.
Jika ia adalah satu proses kehidupan bagaimana nak pastikan kehidupan tidak begitu terjejas?
Ya sebab itu pentingnya kehidupan yang sihat, pentingnya bersenam dan aktiviti riadah. Selain dari menjaga kesihatan dengan amalan pemakanan yang sihat sangat penting. Elakkan merokok, cuba kawal stress kerja yang dilalui dan pastikan mempunyai rehat yang seimbang dengan kerja hakiki.Cuba amalkan supplement yang kaya dengan pholifenol supaya membantu kekal sihat dan bertenaga.
Ada ilmu kena share kan supaya ramai orang concern betapa pentingnya menjaga kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat untuk kehidupan yang sejahtera dan harmoni.