Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Kerana langit tak selalu cerah.

Selepas JDT menang baru-baru ni…anak bujang kami obses nak letak jersey dia no 7 kepunyaan Aidil Zafuan. So kami bawa la ke kedai printing yang di miliki oleh 2 wanita muda. Baru berjinak-jinak dengan bisnes printing….So sempatlah saya interview sementara menunggu baju anak bujang kami di letakkan no 7.

Saya mulakan dengan bertanya berapa lama dalam bisnes printing ni? Dalam tak sedar baru nak jangkau 2 tahun. Bagus dalam hati saya kerana mereka cuba bertahan.

Kedai mereka terletak dalam bandar Kuala Terengganu dan hebatnya sewa kedai mereka sahaja RM2000 lebih sebulan dengan keadaan kedai yang kecik sahaja keluasannya.

Memandangkan mereka masih muda, saya kagumi semangat juang mereka.

Sempat juga saya bertanya…bagaimana keadaan bisnes mereka…adakah sentiasa meningkat atau adakala biasa sahaja? Pemilik kedai ini memberitahu…bisnes mereka juga ada pasang surutnya….bukanlah selalu ada sales yang banyak.

Jadi saya juga bertanya bagaimana mereka boleh cover semua kos kedai dan mampu bertahan selama 2 tahun?

Jawapan yang bagus dilontarkan…. Kerana langit tak selalu cerah maka mereka akan berjimat cermat bila mendapat sales yang banyak supaya duit yang disimpan itu dalam digunakan dalam masa kecemasan. Dan alhamdulillah sehingga hari ini mereka mampu bertahan walau hanya dengan bisnes printing.

Ya sebenarnya dalam kehidupan seharian…kita juga perlu memegang prinsip yang sama. Kerana langit tak selalu cerah maka kita kena sentiasa bersiap sedia dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

Syukur kerana dengan bisnes online kami Euphoria Shaklee makin berkembang kerana ramai para wanita hari ini mempunyai kesedaran yang tinggi betapa pentingnya mempunyai pendapatan tambahan bulanan dalam membantu ekonomi keluarga selain sebagai simpanan hari kecemasan.

Ya kerana langit tak selalu cerah….jangan lupa sediakan payung sebelum hujan.

Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *