Kenapa tak sebut angan-angan syarikat?

Selama bekerja makan gaji sebagai pekerja kita perlu tahu visi syarikat.

Cerita visi mungkin orang tak faham…. Tapi bahasa mudah ialah angan-angan.

Untuk syarikat, tak molek bunyinya ” Angan-angan syarikat “…. Maka disebut Visi Syarikat.

Bermula dengan angan-angan boleh datangnya matlamat. Semua individu begitu….dari berangan kita dat idea dan datangnya matlamat.

Bila usahakan sesuatu kena ada matlamat.

Bila kita usahakan sesuatu dan kita mula rasa tiada semangat, kononnya tiada motivasi tapi hakikatnya adalah ia hanya berlaku apabila kita tidak tahu apa yang kita mahu dalam jangka panjang atau pendek, kita kurang ilmu pengetahuan, kita takut nak mencuba perkara baru. 

Kita hanya perlukan dedikasi pada apa yang kita usahakan.

Kena tulis apa yang kita mahu dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Contoh jangka pendek :

6 bulan dari sekarang ada pendapatan tambahan dari rumah sekian amount.

Contoh jangka panjang :

2 tahun dari sekarang dapat percutian percuma Shaklee ke US untuk seluruh keluarga iaitu saya, suami dan anak2. 

Seterusnya dapatkan ilmu dari banyak sumber : buku, internet, upline, sideline dan lain2.

Seterusnya berani bertindak dan berani mencuba benda baru. Jika dulu pemalu cuba beranikan diri kongsikan testimoni sendiri bila amalkan produk. Tak perlu sedih jika orang tak beli sebab niat kita nak share benda yang baik. Jika customer tak beli kita tak rugi tapi dia yang rugi. Kita dah nikmati perkara yang baik dari produk maka bermakna kita tetap untung!

Ingat, nak berjaya bukanlah satu perkara yang mudah tetapi janji Allah itu pasti : sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.

Jika sesuatu itu mudah hakikatnya ia takkan kekal lama.

Yang banyak cabaran itulah hasilnya hebat dan bertahan.

Salam kejayaan dan selamat ber closing!

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *