Kenapa pentingnya aktiviti senam ?
Tapi alhamdulillah dapat jodoh orang sukan. Walaupun hanya main basketball, tapi sebab untuk ligat main kena maintain stamina jadi suami saya akan sentiasa bersenam.
Pada mulanya saya ingat dengan banyak berjalan kaki atau turun naik tangga 15 kali sehari dah mencukupi…dan sebab itu bila travel saya suka berjalan sebab saya assume ia boleh jadi aktiviti senaman saya. Rupanya tak banyak pun ia menyumbang kepada kesihatan tubuh jika nak banding dengan aktiviti khusus yang perlu.
Kenapa baru sekarang nak bersenam? Saya mula insaf bila mak mertua kata, rupanya bila seseorang itu tak bersenam atau melakukan aktiviti riadah dengan betul, muscle atau otot akan mudah mengecut. Macam kereta la. Bila tak diguna maka lambat laun enjin akan pasti rosak.
Senaman pula sebenarnya ada 2 jenis :
Cardio – fokus untuk jantung namun sudah pasti ia juga membantu membakar lemak secara tidak langsung. Banyak aktiviti yang kita boleh buat untuk aktiviti yang fokus pada Cardio contohnya
Contoh yang boleh kita lakukan di rumah bersama keluarga. |
Weight Lifting – latihan angkat berat selain membentuk muscle [otot] yang kuat ia juga membantu kita dapatkan kekuatan fizikal.
Bagus ada small dumb bell kat rumah untuk kita guna bila bersenam. |
♛ Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa