Kebenaran adakala menyakitkan

Adakah anda melalui pengalaman seperti ini di mana suami anda memberi komen ke atas diri anda mahupun apa yang anda lakukan ? Saya sendiri melaluinya …jika masakan saya kurang sedap pada hari itu suami akan memberi komen..” lauk hari ini tak berapa sedap” namun tidak dinafikan walau ianya komen yang membina tapi jika tidak berfikir dengan rasional, si isteri akan menjadi emosional dan sedikit merajuk. Memandangkan sudah hampir 8 tahun kami berumahtangga saya sudah masak dengan pengalaman ini kerana ini menjadikan saya seorang yang sentiasa berusaha untuk menyedapkan masakan lauk pauk saya.

Teman saya juga melalui perkara yang sama… sehingga menyebabkan beliau merajuk berhari2 tak masak untuk suaminya. Nasib baik belum mempunyai cahayamata jika tidak pasti anak teman ini akan mati kebuluran kerana ibunya tidak mahu masak. Nak lagi dahsyat kerana si suami ni terlalu rigid dengan caranya sahaja sehinggakan cara teman saya melipat baju pun di komennya dan adakala boleh jadi perselisihan yang amat dahsyat.

Namun hakikatnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik jika kita berfikir dengan rsional. Setiap pasangan itu mempunyai saling bergantung dan kerana itu kita ditemukan dengan jodoh kita. Memang tidak dinafikan lelaki ini adakala sifatnya yang open minded or out spoken boleh menyinggung perasaan si isteri namun bak kata mak saya, ambil ia sebagai asam garam rumahtangga selagi ianya boleh diperbaiki kita usaha.

Begitu juga yang terjadi kepada saya apabila terdapat sedikit perubahan pada saya termasuklah bentuk badan maka suami akan menegur…” N nampak tembam sikit” hehehe dalam hati saya terdetik ini mesti sebab saya selalu tertidur selepas makan tengahari. Maka saya akan cuba kurangkan situasi ini dari kerap berlaku.Abah Addinnasa juga selalu berpesan, ” N kena jaga body supaya selalu kurus baru nampak cantik”. Saya seorang yang kuat makan ( ye la menyusukan anak memang kena kuat makan kan?) maka saya pastikan supplement untuk body saya maintain tidak saya abaikan terutama fiber tablet, omega, vit E, dan B complex. Siapa yang tak takut jika berat badan naik ditambah nampak sedikit gempal? Ramai teman saya yang menyusukan anak tapi badan mereka nampak berisi sangat sehinggakan suami saya boleh bertanya,”kawan N tu mengandung ke? Nampak macam tu la lebih kurang”. Jadi saya tahu sebenarnya dia cuba memberi gambaran jika saya tak jaga makan dan badan kesannya lebih kurang begitulah.

Begitu juga yang terjadi pada beberapa teman saya yang beranak 3-4 orang apabila suami dah mula berkata” hmmm awak ni tak macam baru2 kahwin la”.Mengapa ini terjadi? Adakah kerana badan sudah mula nampak gempal atau bila bersama kurang tenaga maka kurang kenikmatan? Nauzubillah .. takut juga kan. Emak mertua saya sendiri selalu berpesan, N kena makan vitamin selalu agar tidak mudah gemuk dan sentiasa bertenaga jadi si suami tak mudah merungut mahupun mengeluh. Namun berapa ramai wanita yang concern? Dengan mengambil alfalfa sebenarnya banyak membantu dalam hubungan suami isteri.Ianya bukan sahaja as milk booster tapi banyak membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.

Memang benar kebenaran itu menyakitkan tapi hakikatnya kenikmatan atas kebenaran itu lebih hebat bagi yang mereka yang ada mata boleh melihat, ada telinga boleh mendengar dan ada HATI yang boleh menilai.

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Kebenaran adakala menyakitkan

  1. hi kak.. jln2 kt blog terbace entry akk ni.. sy bru msk 2 bln dlm alam pkhwinan ni.. btl la akk ckp..kbenaran tu kdg2 menyakitkan.. huhu.. tp amik dr positive side je la kot.hehe

  2. Perjalananmu masih jauh sayang.Memang kena banyak sabar…. namun pesan terbaik akak, jadikan mata utk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk menilai. InsyaAllah berjaya dalam urusan rumahtanggamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *