Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Kata kata motivasi – Percaya sebelum berjaya

Kata kata motivasi – Percaya sebelum berjaya

Percaya adalah asas kepada semua kejayaan yang berlaku di dunia ini. Kita tidak akan berjaya sekiranya kita tidak bermula dengan percaya. Kata kata motivasi ini perlu untuk bangunkan diri.

 

Dalam dunia ini, kita tak boleh berharap orang percaya pada kita selagi kita tak usaha buktikan yang kita boleh lakukan.

Masih ingat lagi awal-awal penglibatan Shaklee saya usahakan secara online, ada la cerita bersiri kanak-kanak yang suka gunakan perkataan ini ” Percaya sebelum berjaya”. Ia menjadi kata-kata motivasi buat diri saya untuk terus usaha mencapai impian saya.

Sebenarnya bila kita mempunyai impian yang kita tanam dalam minda kita, kita perlu yakinkan diri kita tidak la mustahil untuk ia menjadi kenyataan.

Walaupun tak semudah kata, namun mindset yang betul memainkan peranan.

Orang sekeliling memang akan ada beberapa jenis golongan yang kita kena faham.

Ada antara mereka yang menyokong sepenuhnya usaha kita. Ada juga yang menyindir atau mentertawakan kita. Tidak kurang yang hanya berpura-pura sahaja.

Paling penting diri kita tak mudah koyak bila diuji dengan perangai orang sekeliling kita.

Siapa kata senang nak senang?

Kata-kata motivasi memainkan peranan penting untuk kita terus bergerak ke depan.

Sebenarnya penting buku buku motivasi dan buku agama untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Adakala dalam usaha kita akan jumpa beberapa cabaran.

Namun ia tidak selamanya berlaku. Ia hadir untuk lihat setakat mana kegigihan kita nak capai impian yang kita tanam tadi.

Satu kejayaan itu mempunyai proses yang tersendiri.

Macam kita nak buat rumah…ambil masa. Kena ada rangka yang betul [ planning].

Cuaca tak selalu cerah. Ada masa hujan, ribut atau mendung… namun kerja tetap perlu diteruskan.

Bukan sehari dua atau sebulan dua…makan tahun. Kena sabar. Paling utama tetap percaya ia akan berjaya.

Cuma masa, Allah yang tentukan. Kita sebagai makhluk kena bersangka baik atas setiap ketetapan Allah pada kita.

Kata kata motivasi

Setiap rezeki kita tak sama. Namun Allah tidak pernah tidur dan tinggalkan kita.

Pasti apa yang kita usahakan dengan kesungguhan akan membuahkan hasil. Masanya pasti sampai.

Wallahu alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *