Kaabah Depan Rumah : Cerita yang banyak pengajaran sepanjang Raya Aidil Adha.

Saya sebenarnya suka menonton tv bila saya perlu masa bersendirian sambil nak mencari idea baru….

Oleh kerana anak dan suami sibuk dengan simulator …dapatlah saya menonton tv cerita Melayu ….

Antara yang memang terkesan adalah cerita Kaabah Depan Rumah.

Sangat menarik  olahan pengarah cerita ini yang mengisahkan bagaimana seorang ayah yang sangat penyanyang dan gigih usaha mencari rezeki untuk menunaikan haji. Dalam mencapai impiannya sudah pasti banyak cabaran yang terpaksa diharungi. Antara ujian yang terpaksa si ayah lalui ialah apabila si anak memerlukan duit walhal si ayah ini berusaha mencukupkan duitnya untuk menunaikan haji.

Namun yang pasti dalam banyak drama walaupun ia tidak melibatkan sesiapa yang masih hidup atau telah meninggal dunia namun yang pasti ia adalah perkara yang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini. Terutama kisah kehidupan anak apabila mereka jauh dari pencipta dan mereka tidak menghargai mak dan ayah mereka. Memang kehidupan mereka banyak ujian terutama hal duit.

Banyak drama yang berkisar hampir sama….ya tidak dinafikan bila seseorang itu dalam kesulitan dan ujian yang bertimpa timpa cuba semak semula bagaimana hubungan kita dengan pencipta iaitu ALLAH s.w.t dan bagaimana hubungan kita dengan mak ayah kita.

Ia kunci yang utama dalam kehidupan kita seharian…

Semoga kita sentiasa berusaha memperbaiki hubungan dengan ALLAH s.w.t disamping menjaga kebajikan mak ayah kita semoga kita selamat dunia dan akhirat. InsyaALLAH.

So bagi yang belum menonton drama ini…cubalah tonton kerana banyak pengajarannya.

Mencari Shaklee ? Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *