Jika berusaha pasti ada jalan…

Alhamdulillah syukur kepada Allah apabila ibu mendapat khabar berita yang menggembirakan. Auntie Sarimah yang masih di Miri mengkhabarkan bahawa teman pendidiknya yang mengidapi kencing manis kini dalam proses sembuh.

Teman Auntie Sarimah ini mengidap kencing manis dengan bacaan gula yang sangat tinggi iaitu 19 dan sering turun naik kandungan gulanya. Dek kerana bacaan gula yang sangat tinggi, teman Auntie Sarimah ini perlu menyuntik sendiri insulin ke dalam tubuhnya. Bayangkan betapa teruk keadaan temannya ini.

Maka Auntie Sarimah meminta pandangan ibu mengenai ini dan bertanya apakah supplement yang mudah dapat membantu temannya ini dapat mengawal kandungan gula dalam darahnya memandangkan telah banyak ubat dan supplement yang dicuba namun masih gagal. Ibu hanya menyarankan teman Auntie Sarimah ini mengambil zinc dan fiber unflavoured Shaklee sebagai tambahan memandangkan pihak hospital telah membekalkan vitamin lain seperti multivitamin dan b complex.

Mengapa zinc? Zinc membantu pankreas mengeluarkan insulin. Insulin penting untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Manakala Fiber penting untuk menyerap semua lebihan gula dan lemak LDL dalam tubuh untuk disingkirkan semasa proses perkumuhan.

Percaya atau tidak, dalam masa 2 minggu, teman Auntie Sarimah ini bersungguh meminum fiber bersama zinc yang diberi oleh Auntie Sarimah. Bacaan gulanya sebelum mencuba adalah 19 dan hasilnya setelah 2 minggu kini bacaannya menjadi 6. Doktor sendiri terkejut apabila beliau mampu mengatasi masalah gula yang sangat tinggi yang memang menjadi masalah besar kerana turun naiknya bacaan gula selama ini. Kini teman Auntie Sarimah membuat pesanan kedua untuk zinc dan fiber unflavoured Shaklee demi memastikan gulanya di paras normal. Beliau sangat gembira kerana ditemukan dengan pemakanan yang membantunya mendapatkan kesihatan yang optimum.

Ibu doakan bagi mereka yang mencari supplement untuk ibubapa yang mengidap kencing manis boleh mencuba 2 supplement ini sebagai permulaan. Buat pengetahuan semua, zinc memang penting dalam kebanyakan proses dalam tubuh kita. Namun fiber adalah supplement yang tidak mengandungi apa2 zat selain membantu badan menyingkirkan lemak dan gula yang berlebihan dalam tubuh kita.

Bagi Auntie Sarimah pula, yang telah melahirkan anaknya yang ketujuh baru2 ini sangat gembira apabila anaknya kini hampir 2 bulan usianya telah mencapai berat hampir 5kg. Baby auntie Sarimah ini lahir dengan berat 3.1kg, dan auntie Sarimah memang seorang yang concern dengan perkembangan anak2nya. Memandangkan beliau telah melahirkan anak yang ke 7 beliau memang memastikan anak kecilnya mendapat khasiat yang cukup dari susuibu. Auntie Sarimah memberitahu kepuasannya kali ini adalah kerana beliau mengambil Shaklee sebagai set selepas bersalin berbeza dengan anak2 yang terdahulu. Yang penting zinc banyak membantu dalam pembesaran anak selama penyusuan susu ibu. Ia membantu agar proses pembesaran anak sentiasa meningkat.

Ibu doakan agar ramai ibu yang akan bersalin selepas ini mengambil vitamin dalam proses penyembuhan sekaligus dapat membekalkan vitamin yang berkualiti kepada si kecil melalui susuibu. Alhamdulillah ibu sendiri melalui proses penyembuhan selepas bersalin dengan hanya pengambilan vitamin lengkap dan hasilnya sangat membanggakan.

Sekian dulu…

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Jika berusaha pasti ada jalan…

  1. satu saranan yang bagus
    saya akan cuba beritahu pada para pengidap kencing manis supplement yang baik ni

    terima kasih atas info ni
    😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *