Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Jangan mudah melatah

Kalau dulu saya seorang yang sensitif, tidak boleh dikritik mahupun ditegur, namun arwah abah selalu berpesan bahawa orang begini adalah orang yang sombong dan Allah sangat benci orang yang sombong. Bila Allah benci maka barakah kehidupan dan rezeki akan berkurang. Sejak dari itu saya mula berubah… saya cuba menerima setiap pandangan dan kritikan walau adakalanya ianya menyakitkan hati.
Apabila banyak membaca, saya membeli sebuah buku yang paling saya suka untuk membacanya berulang kali iaitu JANGAN BERSEDIH. Selain dari itu saya suka mendengar beberapa pandangan orang alim tentang emosi. Maka ianya mengajar sesuatu kepada diri saya iaitu jangan mudah melatah. Saya pegang perkataan ini dalam diri saya apabila saya mula hendak merasa marah terhadap sesuatu, dan alhamdulillah ianya akan lenyap begitu sahaja. Saya akan mula rasional.

Jika dahulu saya rasa marah pada orang yang nak tunjuk pandai dalam pemakanan namun hari ini saya mula berkata pada diri saya, semoga Allah memberi taufiq dan hidayah padaMu.Begitu juga pada mereka yang adakala membuat saya marah dalam senyap, saya doakan agar Allah memberikan sesuatu padanya iaitu rahmatNya agar saya sendiri akan mendapat ketenangan yang abadi. Kini saya mula ceria, menerima hakikat bahawa saya terpaksa jua melalui kehidupan di KL. Segala aturan Allah adalah yang terbaik.

Memang dalam kehidupan kita akn berjumpa dengan pelbagai ragam manusia yang adakala membuat kita rasa sedikit sensitif tapi hakikatnya inilah warna warni kehidupan. Seronoknya kita mengenali pelbagai jenis manusia ciptaan Allah. Jika semua manusia kita harapkan sama seperti kita maka hakikatnya kita hidup dalam hipokrit belaka. Bagi yang pernah membuat saya marah, saya doakan kalian bahagia bersama keluarga tersayang kerana saya jua mengharapkan saya bahagia bersama keluarga saya yang tercinta. Saya tidak mahu menyimpan perasaan marah atau terasa kerana perasaan inilah yang akan menghilangkan berkat seri di wajah seseorang. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada kita dalam apa jua yang dilakukan…

Jangan mudah melatah….insyaAllah kita akan rasional selalu!

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *