Isteri badan besar, salah siapa?
Mak pernah cerita zaman mak kerja dulu memang sentiasa slim sebab bila kerja kita akan ada rasa compete dengan rakan sekerja untuk jaga badan.
Mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mak… jujurnya ramai surirumah yang mula lupakan penampilan diri mungkin kerana tiada persaingan untuk mereka jaga badan.
Namun memang bukan semua surirumah sama… cuma teringat saya pernah jumpa satu pasangan ini. Suami si A sanggup spend banyak duit untuk belikan produk kurus untuk isterinya. Apa sahaja orang rekemen bagus si suami pasti belikan untuk isteri dia. Bertuahkan si isteri ni?
Ramai suami yang sanggup spend duit beli eksesori kereta, belanja kawan makan dan macam-macam cuma segelintir yang sanggup keluar duit untuk isteri sihat dan slim. Namun peliknya mereka suka melihat perempuan cantik dan body yang slim. Cuma sedikit sahaja yang sanggup belikan produk untuk maintaince body isteri.
Sebenarnya untuk isteri sihat dan slim ini tanggungjawab siapa ya?
Kalau isteri tak kerja [ memang tunggu duit suami semata-mata] pastinya jawapan adalah tanggungjawab suami. Waktu itu isteri tak banyak pilihan pun kerana sumber duit adalah dari suami semata-mata.
Tapi bagaimana wanita yang bekerjaya? Biasanya hanya segelintir sahaja yang tak concern dengan kesihatan dan bentuk badan mereka dan banyak menyalahkah punca mereka jadi besar adalah kerana proses melahirkan.
Rata-rata wanita bekerjaya memang usaha menjaga bentuk badan mereka mungkin kerana motivasi dalaman yang wujud hasil dari persaingan secara tidak sedar di kalangan rakan sekerja.
Oleh kerana itulah saya sentiasa bernekad nak sharekan ilmu Shaklee saya dengan surirumah terutama yang tiada sumber pendapatan. Mereka ada internet kat rumah namun seharian sibuk baca status update orang di fb. Hakikatnya mereka boleh manfaatkan internet yang ada dengan menjana pendapatan secara tidak langsung. Bila ada pendapatan walau hanya dari rumah, isteri ada peluang nak beli vitamin untuk penjagaan badan khususnya.
Pada saya, jika saya dapat bantu seorang surirumah mempunyai pendapatan minima RM500 dengan Shaklee …seronoknya ALLAH sahaja yang tahu. Saya pernah jadi surirumah terhormat. Nama aje ada degree tapi duduk rumah tunggu duit hadiah bulanan dari suami. Namun nak beli vitamin pun saya kena consider belanja yang lain. Syukurlah masa tak kerja saya menyusu anak sepenuh masa dapatlah saya slim macam zaman bujang.
Hakikatnya seorang isteri tetap kena concern pasal penampilan dan bentuk badan mereka. Ini demi memastikan suami kita tahu kita tetap usaha jaga diri walaupun sudah beranak. Pakailah yang cantik-cantik dan wangi-wangi untuk suami selain menjaga keperluan batin dan keperluan zahir yang lain demi kemakmuran rumahtangga. Wallahu alam.
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa