Idea Addin?

Hari ini Addin banyak membaca buku-buku cerita kegemarannya. Selepas letih membaca, Addin akan mengambil permainan IQ yang paling disukainya …sambil meminta saya memantau permainannya. Tak lama selepas itu Addin akan duduk di depan komputer untuk melakar apa yang ada dalam fikirannya. Sebenarnya banyak gambar yang dah dilakar Addin namun hanya ini yang saya sempat save memandangkan idea Addin mencurah-curah, dia akan menukar kepada lakaran yang baru selepas siap satu lakaran. Ini antara lakarannya….

Apabila ditanya, gambar apa tu nak? Addin terus menjawab, “Ini adalah gambar orang yang sedang sibuk membuat kerja”. Hmmm ada juga ideanya yang kreatif…bangga ibu dengan Addin dan Nasa(walaupun pada hakikatnya Nasa hanya pandai bergolek dan meniarap).

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *