Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Hidup di Miri

Sebenarnya kami dah sepatutnya berada di Kl sekarang tetapi atas urusan kerja suami saya terpaksa menangguhkan dahulu urusan perpindahan kami. Namun apa pun sebenarnya saya sangat suka menetap di sini. Tempatnya yang aman, tiada kesesakan lalu lintas, sales yang hebat(namun perlu tunggu Gawai atau Krismas) dan beberapa perkara lagi. Rumah kami juga berhampiran dengan sekolah saya mengajar dan berhampiran juga dengan pejabat suami saya.

Walaupun harga barang semakin naik, terutama makanan dan bahan mentah namun ada satu yang saya rasa sangat murah jika nak dibandingkan dengan harga di Semenanjung iaitu ikan…ikan tenggiri. Masih ingat lagi semasa di Kertih, memandangkan anak saya teringin makan ikan tenggiri maka saya pun membelinya di pasar malam. Harga suku ikan tenggiri sahaja mencecah hampir RM10 …dapatlah kami merasa 3-4keping potongan ikan tenggiri di sana. Mungkin kerana di sana lebih banyak ikan tongkol.

Namun jika di Miri, harga sekilo ikan tenggiri barulah dalam RM12 dan anggaran untuk seekor ada dalam RM10-RM12. Sangat jauh bezanya. Puas kami makan ikan tenggiri di sini. Dapat saya masak fish N chip terutama pada hujung minggu. Adakala saya kepalkan isi ikan tenggiri untuk dibuat sup sayur … untuk Addin. Addin sangat menyukainya. Tambahan pula isi ikan sangat lembut dan mudah untuk dihancurkan berbanding ayam.

Yang saya pasti, saya akan merindui suasana aman di Miri apabila masanya tiba… manakan tidak, tempat lahir lagi dikenang inikan pula tempat lahirnya semua anak-anak kami…

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *