Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

“Hello atok, nanti atok datang lagi rumah Aca ya!”

Cuaca sangat terik selepas beberapa hari hujan yang tidak reda-reda. Mungkin sebagai tanda ALLAH memberikan kemudahan untuk mak dan Ein. Semalam hantar mak ngan adik perempuan bongsu ke Airport. Dah tiba masa mak nak balik selepas 2 minggu berada dengan kami. Sedih, sayu semuanya berbaur menjadi satu. Nasa dah mula merengek nak ikut atok nak kapal terbang katanya. Untuk memastikan dia tak merengek teruk, ibu mengiakan aja. Tiba atok dan acik Ein masuk sahaja balai pelepasan, Nasa mula meraung menangis.” Nak ikut atok balik Muar!!!!”
Hati ini meruntun kesedihan melihat anak kecil ini merengek. Ye la, ini kali kedua atok datang Miri. Kali pertama masa Addin umur sebulan. Dulu atok datang selama 7 hari aje. Tapi kali ini lama.
Sepanjang dalam kereta Nasa menangis meminta ibu amik atok bawa balik rumah. Sayu betul masa ibu drive nak balik rumah. Sepanjang itu juga Nasa minta ibu telefon atok. Ibu hanya mampu memujuk dengan meminta Nasa bersabar sehingga atok landing kat airport KL. Balik rumah, tangisannya masih tak berhenti….”Aca sedih atok balik! Aca rindu atok! Aca sayang atok!” inilah kata-kata yang tak habis2 diucapkannya sepanjang dia nangis. Sampailah dalam sejam …mungkin dah penat nangis, barulah dia senyap….rupa2nya sebab terlelap keletihan. Bangkit dari tidur, masih mamai…meminta ibu telefon atok. Ibu telefon sebab mak ibu dah selamat sampai KL….dijemput angah, adik kedua ibu. “Hello atok, nanti atok datang lagi rumah Aca ya!” ….
Addin pun tertido….dan bangun dari tido teresak2 …bila ibu tanya kenapa , Addin jawab “Addin sedih sebab atok dan Acik Ein dah balik” .Walhal dalam kereta balik dari airport dia senyap aje. Sepatah pun tak bersuara, Rupanya menahan rasa sebak agaknya. Kesian anak2 ibu.
Sehingga semalam, rasanya ada sepuluh kali ibu telefon atok sebab Nasa nak cakap benda yang sama…..
  “Hello atok, nanti atok datang lagi rumah Aca ya!”
Bangun pagi ini , Nasa berlari keluar bilik mencari atoknya! Sayu hati ibu ini….mata ini asyik bergenang dengan airmata. Planning nak amik tiket lagi untuk mak ibu datang lagi…..
Kepuasan bila dapat bawa mak datang Miri dengan duit sendiri tanpa menyusahkan abah Addin dan Nasa. Bawa mak jalan dan makan kat tempat yang sedap2. InsyaALLAH next trip nak bawa mak tido Marriot jika ALLAH izinkan. Terima kasih abah sebab beri ibu bawa mak ibu dan adik ibu jalan Miri.
Semoga Addin dan Nasa tenang hari ini……………………………..

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689 Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *