Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Hari pertama Nasa di Kumon

Semalam merupakan hari pertama Nasa ke Kumon. Kelas bermula jam 4 petang dan berlangsung hanya 40 minit. Jam 3pm Nasa dah tanya nak minta disiapkan. Hatinya seronok bukan kepalang. Maklumlah dah sebulan Nasa tak ke play school sejak kes HFMD hari tu.

Sejak dah tak ke play school Nasa, Nasa memang berkepit dengan ibu ke mana sahaja menjadi peneman yang setia. Jadi ibu dan abah merasakan yang Nasa perlu something agar dia tak bosan. So Kumon menjadi pilihan kerana memandangkan abang Addin ada kelas so waktu mereka ke kelas adalah sama. Jimat masa dan jimat minyak kereta ibu..hehehehe. Namun ibu registerkan Nasa satu subjek dahulu iaitu English. Mungkin bila dia dah mula catch up then boleh tambah maths.

First day Nasa adalah semalam… Andai dapat ibu rakamkan saat2 Nasa menjawab soalan teacher pasti tak kering gusi sesiapa jua yang menonton. Nasa seorang yang petah bercakap, very confident person, active and always want to look smart. Belum sempat teacher buat apa2, dia dah mengajukan soalan, mana buku nak belajar? Teacher kata sekejap ya, teacher ambil dulu… dia mula mendengus,”alahhhhh”. Ketawa kecil cikgunya tadi.

Bila cikgunya memberikan buku dan memintanya menyebut apakah gambar yang ditunjukkan…Nasa menjawab dengan sangat yakin. Nadanya yang kuat menjawab setiap jawapan bagi gambar yang ditunjukkan. Yang kelakar bila ditunjukkan gambar ini….

Nasa dengan sangat yakin menjawab….MANGKUK.
Maka apa lagi ketawa terbahak2 lah cikgunya sambil menutup mulut…dan Nasa mula menjeling ke arah ibu memberi isyarat meminta jawapan sebenar. Ibu pun dengan spontan menjawab,” bukan mangkuk sayang, tapi DISH.”.

Balik jek dari Kumon Nasa asyik benar dia mengulangkaji apa yang dia dah belajar petang tadi.

 Nasa mula menjeling ke arah ibu apabila perasan yang dirinya diperhatikan…

 One to one session….berbaloi. Bukan tak boleh belajar di rumah dengan ibu tetapi saja nak cuba suasana baru untuk Nasa.

Muka boring apabila cikgunya lambat menyediakan buku untuk Nasa.

Petang ni ada lagi kelas bersama abang Addin. Nanti ibu akan upload gambar lagi sepanjang Nasa di sana.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Hari pertama Nasa di Kumon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *