Harga yang kami bayar?
Ada beberapa teman yang bertanya dengan ibu benarkah penapis air Shaklee itu berbaloi dibeli terutama dengan harga RM1499….
Jika ada antara kalian yang sedang mencari penapis air, inilah waktu yang sesuai untuk mendapatkan satu dengan harga yang sangat hebat ditawarkan iaitu RM1499. Mungkin ada yang baru membaca blog ini, ingin ibu maklumkan mengapa ibu memilih penapis air Shaklee.
1. Ianya portable dan senang jika pindah rumah, tidak perlu menebuk dinding untuk meletakkan di sudut sinki.
2. Kecil dan tidak menggunakan banyak ruang di dapur terutama kawasan sinki.
3. Ianya menggunakan satu catridge, ini bermakna kos penyelenggaraan yang mudah dan tidak cerewet. Terdapat lampu as indicator bilakah waktunya untuk kita membuat penukaran catridge. Biasanya setahun sekali sahaja dengan kos RM400+++.
4. Boleh dibawa ke mana2, hanya plug in mengikut kepala paip dengan saiz berbeza yang telah siap dibekalkan bersama.
5. Pemasangan yang mudah, tidak perlukan penyelenggara untuk memasangnya. Setiap pembelian disertakan dengan CD untuk kita tonton dan mudah difahami.
6. Kos yang ibu keluarkan untuk membeli Best Water pada tahun 2008 ialah RM2300, maka hakikatnya kos ini setanding dengan penapis air yang claim mereka bagus. Lebih hebat kerana Shaklee memberi pulangan dalam bentuk tunai iaitu RM80, alhamdulillah.
7. Kini telah hampir 2 tahun ibu menggunakan penapis air, dan ibu rasa walaupun ibu beli dengan harga yang lebih mahal dari harga sekarang tetapi yang paling penting, ibu abah, Addin dan Nasa sangat suka dengan air dari penapis Best Water. Ibu rasa sangat berbaloi dengan harga yang ibu bayar…maka bagi kalian yang boleh membeli dengan harga lebih murah, apakah yang membuat kalian masih menunggu?
Salam sayang dari ibu