Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Hakikatnya…….

Terus terang saya katakan apa yang saya syorkan selama ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan hanyalah sekadar supplement atau makanan tambahan. Ianya adalah makanan keperluan jasmani semata-mata. Namun hakikatnya penyakit ini bermula dari hati… hati yang alpa kepada Tuhan yang menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi.

Saya cuba mengkaji dan menyelami mengapa ada di antara penyakit cepat sembuhnya dan ada juga yang memerlukan masa. Setelah saya meneliti, pemakanan yang saya syorkan pada dasarnya adalah satu cara namun kita juga perlu menekankan aspek spiritual.Namun saya akui bukan semua orang boleh menerima sentuhan spiritual.

Berapa ramai antara kita yang mempunyai masa dalam sehari untuk muhasabah diri berapa banyak amalan kita untuk kehidupan yang kekal abadi? Sesungguhnya yang ramai hari ini adalah kita yang sibuk dengan urusan duniawi semata-semata…berapa banyak dah simpanan aku? harta aku? hutang aku?

Saya dapati penyakit yang Allah beri sebenarnya adalah salah satu cara agar kita lebih mendekatkan diri kita kepadanya…. berzikir, mengaji, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan jariah yang hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui.

Sekali lagi saya akui bukan semua orang boleh bersembang tentang amalan kerohanian, kerana pasti ada suara yang berkata kubur lain-lain… Namun boleh saya katakan perubatan yang terbaik bermula dari amalan kerohanian terutamanya zikrullah. Banyakkan berselawat selagi termampu…insyaAllah segala penyakit dapat di atasi kecuali mati. Jika ada ibu-ibu yang sudah mencuba banyak cara untuk banyakkan susu jangan lupa sertakan dengan zikrullah dalam amalan harian nescaya terbuka jalan rezeki untuk kita yang memerlukan.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *