Gosip panas!

Ramai orang terkejut kerana saya masih bertahan dengan satu produk selama hampir 9 tahun menggunakannya. Setakat ni alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya bersama Shaklee dan saya berdoa biarlah ianya kekal hingga hujung nyawa.
Shaklee banyak membantu mengubah hidup saya… dulu seorang yang selalu sakit sepanjang tempoh belajar di universiti berubah menjadi seorang yang sihat. Saya dulunya kerap tidak hadir ke kuliah dan tutorial kerana migrain yang sangat teruk. Sejak menggunakan produk Shaklee kini saya sudah tiada migraine lagi, alhamdulillah syukur ya Allah! Jika dulu zaman saya belajar, wajah saya dipenuhi dengan bintik2 merah di pipi selain jerawat dan adakala mempunyai jerawat batu yang sangat besar… manalah mampu nak menggunakan produk kulit yang berjenama kerana saya hanya mempunyai ibu yang bekerja itupun sekadar kerja kilang manakala arwah abah sudah lama meninggalkan kami. Apabila menggunakan Shaklee, ramai kawan di kolej yang berminat nak mencuba, saya terus menjadi ahli dan memberikan semua teman2 saya membeli dengan harga ahli. Bukan sekadar itu sahaja, saya tiba2 berminat untuk mengetahui punca2 setiap penyakit dan dari situ saya berkenalan dengan Aya, seorang pesakit kanser otak@ tumor otak. Apabila beliau juga mendapat dan merasakan kebaikan Shaklee atas perubahan yang ketara pada dirinya, saya dikenali sebagai doktor yang tak bertauliah di Kolej kediaman Keempat. Ramai juga staf kolej yang membeli vitamin melalui saya. Mengapa mereka percaya saya? Hehehe ini kerana saya suka berkongsi membaca buku kesihatan dengan mereka terutama buku Dr. Bruce Miller. Sehingga kini saya amat meminati tulisannya.

Ramai teman terutama di kalangan doktor yang berminat mahu saya mencuba produk yang mereka gunakan iaitu produk selain Shaklee tapi saya tak berani nak mencuba kerana saya tahu kebanyakan produk kesihatan dalam pasaran adalah produk yang baru, dan belum mempunyai track record setaraf Shaklee. Maka saya tak berani untuk mempertaruhkan nyawa saya pada sesuatu yang belum pasti keberkesanannya.

Baru2 ini ada seorang teman memperkenalkan produk A*** dan hanya kerana ia mudah dtelan maka kawan ni kata ia produk bagus. Bila tanya siapa kata bagus? Jawapan yang paling senang, doktor yang membuatnya la…. namun berapa tahun dalam pasaran? 10 tahun? 20 tahun? Belum lagi masih baru dan ramai orang sangat suka kata kawan ni. Saya kata, kelebihan rakyat Malaysia ialah sangat suka mencuba tanpa memikirkan kesan. Ada seorang pengguna produk ni kata penyakit dia nampak lebih baik bila makan produk baru ini…berbanding Shaklee, pada saya ianya hanya psikologi semata2. Dalam Shaklee ada produk yang antara bagus kesannya adalah nutriferon. Jika seseorang yang mempunyai masalah kesihatan yang berlarutan walaupun dah mengamalkan produk asas Shaklee saya akan pastikan pesakit ini mengambil nutriferon agar kesannya lebih ketara. Ini lebih baik daripada pesakit asyik menukar produk dan kesannya adalah ke atas badan pesakit pada masa akan datang.
Tapi ye lah setakat mana orang rajin nak membaca buku kesihatan? Orang kita lebih gemar gosip panas dan ceita buruk orang berbanding ilmu yang bermanfaat. Saya pun tak pernah marah jika orang itu tak berminat dengan Shaklee kerana bukan semua manusia mendapat taufik dan hidayah. Namun saya tetap doakan mereka yang mencari produk kesihatan yang terbaik akan menemui Shaklee dalam hidup mereka.

Makanlah produk yang berkualiti di samping ianya halal. Jika tiada ilmu, maka carilah kerana ilmu bermanfaat adalah antara 3 amalan yang takkan putus bila matinya seorang anak adam.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *