Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Duduk rumah berpakaian kerja?

Cantik untuk mata suami. 

Shaklee Miri
Suka tengok gambar ni…boleh pakai baju ni kat rumah pula 🙂

Terlihat status Master Intan Azlin tentang keinginan beliau memakai baju kurung kerana teringat zaman kerja.

Jujurnya dulu di awal cuti tanpa gaji memang rasa nak bekerja semula terutama bila rindu nak pakai pakaian kerja.

Namun bila dah bertahun tak pergi kerja so saya suka pakai pakaian kerja di rumah. Banyak kelebihannya. Antaranya bila nak keluar, kita sentiasa bersedia.

Saya suka berbedak ala kadar walau hanya di rumah. Memakai lipstik supaya tidak pucat. Bila bersiap anak suka tanya…” Kita nak jalan ke?”

Saya akan jawab, tak la. Duduk rumah aje. Namun bila dah biasa tengok ibu bersiap mereka tahu ibu hanya bersiap untuk duduk rumah.

Namun sekali sekala memakai pakaian yang jarang saya pakai akan membuatkan anak saya bertanya lagi. ” Kita nak jalan ke bu?”.

Saya senyum aje dan jawab, tengok nanti petang.

Dah nama ibu kerja kat rumah. Memang kena sentiasa bersedia anak-anak bisnes atau pelanggan datang rumah amik stok vitamin.

Adakala saya memakai tudung seharian dalam rumah untuk mudah bila orang ada depan pagar secara mengejut memang saya tiada masalah.

Itu seronoknya buat Shaklee dan kerja dari rumah.

Suami saya pun adakala pakai pakaian kemeja tangan panjang seolah-olah nak ke pejabat tapi hakikatnya pejabat kami memang di rumah. So dia sentiasa nampak handsome dimata isterinya ini.

Waktu begini memang seronok sebab dulu pakai pakaian kerja adakala dengan rasa terpaksa terutama jika banyak tugasan yang perlu disiapkan atau mood monday blues. Sekarang lain, pakaian smart duduk rumah menjadi satu yang menarik kerana sentiasa rasa diri di pejabat.

Zaman bekerja dulu, maklumlah guru, baju sentiasa warna warni, berskirt, berkebaya….sebab dah nama cikgu….tapi sekarang guru juga, guru untuk anak-anak saya dan anak-anak Shaklee saya. So kena tetap melawa.

Tak salah melawa untuk suami dan mata sendiri.

Sekurang-kurangnya bila dah biasa kemas, nak ke mana-mana pun mudah dan sentiasa dah ready.

Seronok kerja dari rumah.

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *