Dilemma Breastfeeding
Ada seorang teman saya cukup berkobar-kobar untuk menyusukan anaknya.Namun masalahnya beliau merasakan susunya sangat kurang. Apabila beliau meminta pendapat dengan serang doctor muslim doctor tersebut mengatakan bahawa ini mungkin rezeki anak kecil itu memang sedikit. Dalam hati saya, kasihan doktor ini kerana beliau lupa dengan rahmat Allah yang sangat luas.
Apalah salahnya kalau beliau menasihatkan agar teman saya lebih berusaha di samping berdoa?
Jika anda seorang yang memang sedang dilemma menyusukan anak disebabkan perasaan kurang yakin dalam diri, merasakan susu sangat sedikit…cuba amalkan ini.
1.Solat hajat 2 rakaat setiap hari mohon dimurahkan rezeki anak dengan banyakkan susu ibu.
2.Amalkan surah al-waqiah setiap malam antara maghrib dan isyak
3. Banyakkan selawat nabi setiap waktu.
Selain itu cubalah jaga pemakanan dan amalkan pemakanan yang sihat. InsyaAllah berhasil. Banyak lagi yang boleh dijadikan amalan agar semangat untuk bf akan terus terlaksana dan bukan sekadar satu impian semata-mata.