Cara banyakkan susu…bila dah kaji baru ku tahu…

Apa yang dicoretkan adalah hasil kajian ibu sendiri setelah banyak muhasabah setiap kes ibu2 lain yang melalui waktu suka duka dalam kehidupan seharian bagi menyusukan anak mereka. Maka ianya adalah pendapat peribadi ibu semata2.

Saban hari makin banyak petua yang ibu temui untuk banyakkan susu… makan itulah makan inilah. Namun hakikatnya yang ibu sangat-sangat pasti adalah susu ibu akan secara sendirinya akan banyak dan membengkak sekaligus menitis2 (walau Nasa dah hampir dua tahun menyusu)apabila ibu mengambil cukup meal seharian ditambah dengan perasaan kegembiraan. Bertambah hebat susu ibu apabila ibu sangat gembira apabila abah sentiasa di sisi selain selepas waktu “bersama”. Ianya terjadi kerana ibu berada dalam keadaan yang tenang dan gembira!

Ini kerana ibu dapati mereka yang berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka perbanyakkan susu mempunyai cara yang hampir sama untuk ditafsirkan.
Sebagai contoh…

KES 1.
Akak makan ikan pakasam tetiba susu akak jadi bengkak. Waktu ni sangat lah happy sebab peroleh hasil yang sangat lumayan. Maka akak merasakan ikan pekasam ini antara makanan yang boleh banyakkan susu.So akak ini pun berkongsilah dengan ibu2 lain dengan bangganya. Maka ibu2 yang mempunyai masalah hasil yang makin merundum akan terus mencari ikan pekasam kerana diberitahu ikan pekasam membantu meningkatkan hasil susuibu. Namun hasil didapati bukan semua ibu berjaya seperti kakak ini. Mengapa?

KES 2.
Saya minum air longan saya merasakan susu saya jadi bengkak dan hasil perahan saya tiba2 banyak. Ish seronoknya. Saya yakin dengan minum air longan setiap hari susu saya bertambah banyak. Maka ibu ini pula berkongsi dengan ibu2 lain dan pastinya ibu yang mempunyai masalah hasil yang mula merundum akan terus mencari air longan tanpa berlengah lagi. Namun pastinya ada ibu yang berasa ia berkesan namun ada yang merasakan tiada apa2 perubahan. Mengapa?

KES 3.
Ibu mertua saya memberi petua bahawa dengan memakan limau bali boleh meningkatkan hasil susu ibu. Memandangkan saya juga suka dengan limau bali maka tiada masalah besar untuk mencuba petua mertua saya ini. Alhamdulillah kesannya sangat memuaskan. Jika biasanya hasil perahan adalah 6oz sekarang saya boleh dapat sehingga 10oz sekali perahan. Maka saya yakin limau bali adalah salah cara nak banyakkan susu. Ilmu ini disebarkan, maka ramai ibu yang mencuba. Sudah pasti yang mencuba adalah mereka yang mempunyai masalah perahan ataupun mereka yang rasa susu mereka semakin berkurang. Seperti biasa, ada yang merasakan petua ini hebat namun tidak kurang yang merungut petua ini tak boleh pakai langsung! Mengapa?

Jawapan kepada semua kes di atas.

Hakikatnya mereka yang berjaya mendapat hasil susu yang lumayan adalah kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan rasa sangat2 gembira. Sebagai contoh kes 1, kakak ini memang penggemar ikan pekasam maka apabila beliau mendapat apa yang dihajati atau disukai maka hormon secara langsung akan melonjak gumbira! Susu juga akan menjadi banyak kerana pastinya kakak ini akan makan dengan bersungguh2.

Begitu juga dengan kes 2. Mengapa ada yang gagal? Mereka ini bukan peminat air longan tetapi cuba menjadi pengikut atau terikut2 dengan cara orang. Mereka minum dan secara langsung air akan banyak dalam badan dan secara langsung susu akan banyak tetapi tidak sama dengan mereka yang sangat meminati air longan. Hasilnya akan berbeza sedikit ataupun tidak berkesan langsung! Bagi yang berkesan maka dapat saya simpulkan golongan ini turut gemar meminum air longan bukan dasar keterpaksaan semata2 untuk menambahkan susu.

Tidak kurang juga dengan kes 3. Berapa ramai yang suka sangat2 makan limau bali? Mungkin mereka yang berasal dari negeri pengeluar akan sangat menyukai limau ini. Saya juga suka tetapi bukanlah saya amalkan makan setiap hari kerana harganya yang tidak kurang mahalnya. Maka mereka yang suka makan limau bali, secara langsung akan memakan buah ini dengan rasa gembira dan ini dapat membantu hormon dalam tubuh kita menjadi tenang dan hasil susu akan secara langsung melonjak naik. Bagaimana dengan golongan yang suka secara ala kadar? Mereka akan makan tetapi dengan niat dan mengharap susu mereka akan banyak secara magik. Percayalah hasilnya takkan sama dengan meraka yang sangat suka makan buah tersebut.

Maka dapat saya simpulkan di sini… pemakanan sangat penting dalam membanyakkan susu ibu. Makanlah dengan hati yang gembira serta nikmati makanan kesukaan anda tetapi berpada2 jangan sampai boleh menggemukkan anda!. Supplement sekadar membantu badan kita mendapat zat yang kurang dalam diet makanan harian kita selain membantu memastikan susu ibu cukup berkualiti.

Renung2 kan lah!
Secara peribadi supplement penting buat saya kerana saya takut gemuk…saya sangat kuat makan maka saya perlukan supplement yang membantu membakar lemak yang berlebihan!

Read more www.anakkuwiraku.com

10 thoughts on “Cara banyakkan susu…bila dah kaji baru ku tahu…

  1. yerp..i do agree yg makanan-penambh-susu bagai tu BKN FAKTOR UTAMA susu byk..me myself,1st yg slalu i set in mind yg susu i akn sntiasa ckup utk 10 thn akn dtg..alwiz think +ve yg susu sentiasa ade.. NEVER think susu kurang/susu tak cukup dr my Eiymann lahir smpi skg..elakkn berada dlm keadaan stress/penat..BF is all in yr mind rite!!

    2nd, i kerapkan BF..BF..BF..BF..3rd, kerapkn pumping..pumping n pumping..besides, i amalkn mnum air suam 3L per day..bykkn mkn nasi..

    mknan penmbh susu smua tu just bonus jer.. x gune kite mkn segala bagai mknan pnmbh susu tapi tak kerapkan BF & pumping –>> susu tetap akan kurang..

    alhamdulillah, i berjaya m'jadi BF-ibu fr 2 yrs 3 mths..

    well, i suke baca yr blog yg ade info psl BF..

  2. yeah yeah. correct sis! i do agree wif u.

    mmg itu main point dia. keep happy, happier dan happiest. insyaallah, susu akan byk. kerapkan pumping.

    andddd doa juga.

    -aishah-

  3. e-caR NazRin aka ibuEiymann
    Ye! Betul!

    iena hamdi
    Kena happy selalu…kalau jumpa orang yang menyakitkan hati, doakan agar org ini mendapat kasih dan rahmat Allah.

    Aishah
    Pandai dah Aishah sekarang! Tahniah.

  4. Ibu,betul tu kalau kita gembira n senang hati mmg automatik akn byk susu smpi memancut kena muka baby…eem tapi bila saya dapat tau yg saya terpaksa tingglkn baby saya,mmg btl2 hasilnya jatuh merundum,samapikn terpaksa saya makan dan minum yg byk utk nk bykkkn susu.

  5. Saya setuju…milk booster atau apa2 jua makanan penambah susu hanyalah sebagai pemangkin jer…
    emosi si ibu perlu dititik beratkan juga…

    kalau kita makan bermacam2 jenis makanan penambah susu sekalipon, kalo emosi asyik terganggu, selalu tertekan jer…susu pon 'segan' nak keluar..hihihi..ibu bf kena selalu happy!!!! baru lah susu pon happy nak keluar…

    saya pon kadang2 bila rasa tension2, bila ngk muka anak masa nak menyusu…cepat2 istighfar…barulah tenang nak menyusukan…sbb rasa bersalah pulak kat anak kalo kita dok tension2 masa menyusukan…hihii…

  6. nak juga berkongsi cerita, kebahagiaan saya datang bila dpt menyusukan anak. jadi utk membahagiakan saya adalah susukan anak! ibu yg menyusukan ni kan ada happy hormone. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *