Bukan insurans untuk langgar pantang – Pengedar Shaklee Terengganu dan Shaklee Miri
Ya ramai yang mencari vitamin ini bila mereka dapati kolestrol mereka makin meningkat. Mereka mengharap dengan pengambilan ini, kolestrol akan berkurang. Namun tahukah kita bahawa untuk mengawal kolestrol bermula dengan cara pengambilan makanan yang seimbang?
Ini pengalaman kami sendiri dan pengajaran buat kami juga.
Masa kami dapat lihat keputusan salah seorang staff yang amalkan Phytocol , kami sangat teruja nak amal sebab nak dapat result yang bagus tentang kolestrol dalam darah.
Maka kami sangat tertib dalam pengambilan Phytocol sebelum makan. Sangat berdisiplin.
Oleh kerana sangat berdisiplin, kami menjadikan Phytocol sebagai satu insurans dengan jaminan bahawa kolestrol akan terkawal.
Kami lakukan satu kesilapan apabila kami tidak menjaga pemakanan harian kami. Masih ingat masa tu kami sangat enjoy makan satay Muar. Makan tanpa berpantang dan makan dengan yakin bahawa kolestrol akan terkawal sebab dah makan Phytocol.
Rupanya kami silap dan sangkaan kami meleset sama sekali.
Bila cek kandungan kolestrol, ia tidak menampakkan sebarang perubahan pun. Kerana salah sendiri makan tidak berpantang langsung!
Bila tanya semula staff yang punya result bagus selepas amal Photocol, beliau pun share dalam beliau amalkan Phytocol, beliau juga amat prihatin dengan menu dan pengambilan diet hariannya.