Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Booking.Com – tempah percutian dengan mudah dan tawaran istimewa.

Alhamdulillah, ber asbab kan Shaklee kami dapat la merasa berjalan keluar negara. Semua percutian , saya akan survey di laman laman web yang menawarkan pakej kapal terbang atau pun hotel dengan harga yang istimewa. Memula dulu masa belajar nak pergi jalan luar negara, saya cari melalui www.airasiago.com.my  harga yang ditawarkan biasanya termasuk tikel dan penginapan. Ingat lagi trip pertama saya dulu tahun 2012 ke Hong Kong Disneyland dengan kos RM5 ribu untuk penginapan 4 malam. Penginapan yang ditawarkan juga bukan calang-calang hotel.
Cuma nak masuk taman tema kena bayar tambahan duit tiket.
Hong Kong Disneyland Resort

Selepas beberapa tahun, selepas dah merasa trip percuma ke Dubai melalui Shaklee….saya mula survey untuk pergi sekali lagi. Memang rata-rata trip ke luar negara , saya akan amik bilik atau service apartment melalui Booking.com.
Namun ada beberapa pengalaman percutian melalui website Booking.com yang pasti akan jadi kenangan terindah buat kami sekeluarga. Antaranya adalah percutian ke Dubai 2017. Kami bertolak pada hari raya ketiga. Kebetulan mak ayah mertua beraya di Mekah sambil menunaikan umrah. Kami beraya dengan arwah mak saya di Micasa Hotel Kuala Lumpur. 
Kali ni trip saya bawak adik lelaki saya yang masih bujang waktu tu sebagai reward kerana tolong jaga mak selama ini.
Benarlah orang kata tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa tahu. Booking.com offer tiket masuk percuma untuk 37 tempat menarik di Dubai!
Booking.com

Moment yang tak dapat dilupakan…bayangkan ada sesetengah tempat tu siap boleh redeem lunch set or dinner set. Ya Allah save banyak betul travel kali ni.
Banyak la tempat yang kami pergi antaranya masuk tempat akuarium terbesar dalam Dubai Mall, naik ke Burj Khalifah, beberapa taman tema dan pusat game untuk hiburkan anak-anak. Tiket masuk percuma tu diberi pada 1 group kami iaitu kami berlima. Subhanallah, memang best bila ingat balik.

Percutian 4 hari 3 malam itu adalah antara percutian paling seronok kami lalui.
Oppsss lupa nak cerita, ada gak la cabaran masa cuti kali ni. 
Disebabkan kami datang masa musim panas, jadi tak ramai la pelancong yang datang time tu. Part yang tak best, cuaca yang mencapai 40 darjah celcius itu sangat panas macam rasa dok kat dalam oven tau. Yang paling mencabar bila nak mandi atau buang hajat kecil mahupun besar….Allah aje yang tahu sakit melecur macam mana. Kalau ingat balik pasti akan gelak. Bertahan juga kami masa tu.
So akhir sekali terima kasih Booking.com atas segala tawaran menarik yang diberikan. Really apprecite. Ada rezeki nanti nak booking next percutian pula selepas pandemic ni reda insyaAllah.

Bagi mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Kg Kubang Ikan, Chendering Kuala Terengganu , dan pos seluruh Malaysia, boleh hubungi saya seperti di bawah :

Call ☎️ : 0128535689
Whatsapp : http://www.wasap.my/60128535689/Vitaminshaklee
Add FB saya Norita Idris untuk chat secara langsung dengan saya.
Klik LIKE di FanPage saya Better You Better World
Jom follow instagram saya Norita_M.Idris


Kami menyediakan konsultasi pada customer kami sahaja 😁 Privillage la kiranya ni.
Untuk mendaftar ahli dan mendapatkan diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee dan menjana pendapatan bersama team bisnes Shaklee kami, boleh klik <<< DI SINI>>>

 🌻 Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa 
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *