Biz online adalah trend zaman ini?

5 tahun dulu semasa saya mula memperkenalkan Shaklee melalui internet dan forum, ramai yang melihat ia satu yang menjengkelkan. Mungkin pada masa itu ramai yang hanya mengenali Shaklee sebagai syarikat MLM semata-mata tanpa mengenali kebaikan produk yang dijualnya.
Alhamdulillah berkat sabar , kini kami sudah semakin berkembang. Sebagai pioneer dalam Shaklee online saya banyak memanjatkan syukur pada ALLAH kerana walau hanya duduk di rumah, kami masih mampu mempunyai pendapatan yang stabil melalui perkongsian Shaklee yang kami lakukan secara online.

Orang kata dunia ini saling berkait…memang unik kerana kini menjadi satu trend orang berniaga secara online iaitu hanya menggunakan internet. Ada yang mengambil peluang menjual barangan penyusuan, pakaian bayi, pelbagai produk kelansingan dan kecantikan, malah tidak kurang juga yang menjual makanan yang dibuat sendiri seperti cup cake dan banyak lagi.

Apa kelebihan berniaga melalui internet sebenarnya? Jawapan yang boleh saya beri ialah Dunia Tanpa Sempadan. Ini terbukti apabila kami mempunyai downline seluruh Malaysia dan customer kami sendiri 80% adalah dari Semenanjung Malaysia. MasyaALLAH sangat unik dunia tanpa sempadan.

Baru-baru ini kawan baik saya merangkap downline saya Dr Siti Munirah Che Ahmat datang ke Miri dan beliau sendiri menceritakan beliau terkejut saudara maranya membeli vitamin dari saya yang berada jauh di Miri. [ Saya tampal sticker pada botol tapi kekadang dah banyak tak sempat tampal …hehehe]

So dengan internet tidak menjadi masalah. Jika tiada aral 1-3 hari produk akan sampai. Bergantung pada rezeki customer saya juga. Paling penting mereka yang buat bayaran awal diutamakan penghantaran ordernya. Alhamdulillah jika rezeki customer baik, esoknya dah terima.

Alhamdulillah jika dulu kami berdiskusi sesama kami [ ahli niaga Euphoria] melalui email tetapi selepas kawan saya yang saya anggap seperti adik saya iaitu Lyna memperkenalkan forum di laman web sosial popular iaitu laman muka muka @ facebook; ia menjadi lebih mudah untuk sistem mentoring.

Saya tak punya banyak masa untuk buat kelas selalu memandangkan anak sekolah dan suami kerja luar kawasan, namun ia bukan alasan untuk anak didik saya tak berjaya. Mereka berjaya bersandarkan usaha yang mereka lakukan, saya hanya guide dan bertindak sebagai mentor semata-mata ibarat PJJ.
Telefon memang menjadi penghubung terbaik antara kami.

Alhamdulillah ia menjadi trend berniaga zaman kini! Ramai surirumah kini mempunyai pendapatan yang hebat dan paling bagus kita boleh bayar zakat dan membantu pembangunan ummah! So bagi yang mahu menyertai kami, jom! Jangan tunggu lagi!

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *