Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Best bila ada mesin koyak kertas.

Pengedar Vivix Ready Stock
Minggu sudah kami ada training di Kota Bharu….memandangkan ada bersama saya adalah mak ayah mertua dan adik lelaki saya dan isterinya, abah Addinnasa bersetuju bawa kami jalan ke Rantau Panjang.
Untuk pertama kali pergi ke sana…teruja betul bila tengok macam-macam patern tudung ada. Tempat ni ala-ala macam Langkawi…kawasan bebas cukai.
Tapi sebab saya tak minat sangat dengan pinggan mangkuk coral atau seangkatan dengannya jadi kami hanya masuk kedai tersebut untuk cuci mata aje.
Semasa pusing-pusing dalam kedai , saya terpandang satu benda comel  paper shredder…harga dipapar besar hanya RM15. Tanpa melengah masa mak mertua saya terus sebut nak beli 2 satu untuk beliau dan satu untuk saya.
Sebelum ni memang ada niat nak beli untuk lupuskan kertas -kertas yang ada maklumat sulit seperti database bisnes dan penyata bank…tapi shredder yang ada kebanyakkan beratus kerana menggunakan elektrik.
Tapi dengan adanya shredder baru ni rasa seronok betul….. mudah kerja nak buang penyata dan kertas yang ada maklumat sulit.
Orang pergi Rantau Abang shopping kain baju, pinggan mangkuk dan periuk belanga….saya beli shredder aje. Jadilah.
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *