Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bersangka baik : Setiap ujian datangnya dengan hikmah.

Allah takkan turunkan ujian itu kecuali kita mampu dan kini saya dah faham mengapa hikmah itu hanya akan ditemui apabila kita redha.

Motivasi Diri

Alhamdulillah dah selamat sampai Miri semalam. So hari ini bangun pagi saya bersyukur sangat sebab ALLAH mengizinkan saya melihat hikmah yang saya cari sebelum tidur.

Semalam dalam flight MAS secara kebetulan ada TV dalam flight dan memang selalu saya akan sure tengok movie. Movie yang saya pilih pula biasanya movie yang ada heroin dia cantik dan hero dia ada rupa…hehehe. So tajuk memang jarang saya nak ingat malah kekadang saya tak amik port langsung dengan tajuk. Satu sebab saya mencari maksud yang tersirat dalam cerita tersebut.

Kisah berkaitan seorang perempuan yang dibesarkan oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia. Gadis ini hendak dikahwinkan dengan seorang lelaki yang pasti bukan pilihan hatinya. Walau si gadis dah cuba larikan diri, tapi si lelaki itu tetap dapat mengejarnya. Selepas beberapa bulan, lelaki itu tinggalkan dia di sebuah rumah tumpangan. Si wanita itu mengalah dalam hidupnya dan terus duduk di rumah tumpangan tersebut. Jadi tuan rumah pun memberikan beliau berhutang sehingga 600 yuan kalau tak silap saya. So masa tu pula ada seorang jejaka yang nak datang selamatkan dia. Si jejaka ni puas fikir macam mana la nak cari 600 yuan untuk bebaskan si wanita tadi. Kuasa tuhan, tempat mereka banjir sangat teruk dan mereka memang terpaksa di pindahkan. So selamat la wanita ni tadi dari hutang yang membelengunya. Dia mula hidup bahagia dengan lelaki yang datang menyelamatkan dia.

Dari cerita itu terus saya melihat, benar dalam kehidupan kita jua sama. Bila sesuatu musibah atau ujian itu di datangkan….hakikatnya memang ada yang baik akan datang. Cuma kadang-kadang segelintir manusia yang terus merungut dan merungut mereka akan terus duduk dalam kegelapan. Terus tak nampak sinar kejayaan dan kehidupan yang baik.

Hakikatnya dalam hidup kita kena banyak banyak bersyukur. Percayalah semua benda baik akan datang tanpa kita sedar.

Bersyukur tak bermakna kita berpeluk tubuh tanpa buat apa-apa. Bersyukur dan pasrah dua benda yang berbeza. Bersyukur dan terus menerus berusaha menjadikan kehidupan akan datang menjadi lebih baik. Sesungguhnya bila kita mula merungut, lagi lambat pintu hikmah itu akan terbuka.

Percayalah, ALLAH atur semuanya terbaik. Sentiasa bersangka baik padaNYA. Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada anda semua yang mengenali saya…..  , terima kasih kerana menjadi sahabat dan saudara dunia dan akhirat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Bersangka baik : Setiap ujian datangnya dengan hikmah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *