Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bergambar dengan Tok Guru.

25 Ogos 2018. Perjalanan balik dari Miri ke Kuala Lumpur untuk transit seterusnya flight petang balik ke Kuala Terengganu.

Sampai di airport Kuala Terengganu, seperti biasa saya akan terus mencari tandas sebelum mengambil bag. Sementara suami saya akan menuju ke tempat mengambil troli supaya mudah menguruskan bag untuk di usung ke kereta.

Sebaik sahaja saya menuju ke suami, suami saya meminta saya menemani anak-anak untuk bersalam dengan seseorang. Saya terus bertanya, siapa…tanpa berlengah suami terus menjawab Tok Guru Hadi Awang.

Oh rezeki dapat jumpa salah seorang ulama….tanpa berlengah terus memanggil Addin dan Nasa untuk mengikut saya berjumpa Tok Guru yang sedang duduk di kerusi sambil menunggu bag nya keluar rasa saya.

Selepas bersalaman dengan orang rumah Tok Guru, saya meminta izin untuk mengambil gambar anak saya bersama Tok Guru. Nak jadi rezeki, seseorang [ mungkin anak Tok Guru] menawarkan diri mengambil gambar kami bersama.

Dapatlah sekeping gambar kenangan kami dengan Tok Guru Hadi Awang. Sempat Nasa meminta doa moga dia dan abangnya menjadi Hafiz.

Pengedar Shaklee Miri Sarawak
Bergambar kenangan bersama Tok Guru Hadi Awang.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *